Posts

Showing posts from February, 2018

Ada Sebab Allah Izinkan Zouk Terjadi

Insiden yang baru jadi di kelab itu It is wrong, in so many levels The immediate impact, its long term effect . Mungkin ada yang akan argue yang its her right, itu hak dia, produk dia, strategi dia And kalau ada orang respond negatively, itu masalah diorang . Jujurnya Saya tak pandai, tak ada ilmu nak betah tentang adab, akhlak, Islam dan Iman Cuma for me, kalau dah nampak itu sarang tebuan, yang dijolok mengapa? . Anyhow . Ada sebab Allah izinkan ia jadi Sebagai ujian untuk dia Sebagai ujian untuk kita Pengajaran untuk dia mungkin Pengajaran untuk kita hopefully . Bila kita di bawah dihina dikeji Itu ujian Bila kita di atas rasa punya semua di hujung jari Itu juga ujian . Kita sendiri tak tahu bila kita akan diuji Cuma harapnya, aib kita sentiasa Allah lindungi . Aima Hassan Ikon businesswomen pakej lengkap dengan brains and akhlak—Siti Khadijah, isteri nabi kan ada.

Kami terpaksa balik, tak cukup duit!

Hari Jumaat bilik ultrasound tutup jam 1215pm. Buka balik jam 245pm. . Jam 1205pm. Ada dua orang perempuan muda jenguk muka ke bilik ultrasound. Gaya macam patient. Hulur borang pada kakak misi. . Kami perhati dari jauh. . "Kenapa lambat?" Kakak misi tanya. . Waktu yang ada pada borangnya—awal sejam dua daripada waktu dia sampai. Ketat juga dalam hati ni. Hidung pun hampir keluar asap. . Lepas tu . Salah seorang perempuan itu bersuara. Dengan loghat seberang. Sila baca dengan gaya dalam sinetron. . "Kami dah sampai tadi. Tapi tak cukup duit mau bayar di kaunter. Mesin ATM rosak. Jadinya kami kena balik rumah nak ambil duit, lepas tu baru datang sini semula." . Kalau ada lah bara rasa nak marah tadi Terus hilang dalam bagai ditimpa seleji Ganti dengan rasa simpati tak sampai hati . Misi pandang kami, minta keputusan Nak buat apa—tukar tarikh atau buat saja? Dan kami kata — kita buat petang nanti jam dua empat puluh lima. Dia setu...

Pakcik tak makan rumput, nak

Kadang ada rezeki kes ultrasound habis awal. Time tu lah nak sit together gether gossip share cerita . Ni kakak misi yang cerita. Tentang sesuatu yang terjadi di CT scan. Endingnya memang korang tak sangka. . I cerita ya? . Rutin sebelum nak teruskan dengan pemeriksaan CT scan, kami akan bertanya semula tentang sejarah alahan pesakit. Kali pertama pesakit akan ditanya oleh doktor yang merawat di wad atau klinik. . Part kami just nak clarifykan sungguh betul pesakit tak ada alahan/asthma/resdung/ekzema. Takut lah ada yang terlepas pandang ketika ditanya kali pertama. Sama ada dari pihak doktor, atau dari pihak pesakit sendiri. . Kali ni pesakit yang Sister kami sedang interview, ada masalah pendengaran. . "Pakcik ada alahan bila makan makanan laut tak?" . "Tak ada," jawab pakcik itu. . Tengok checklist semula. Ok, sama macam yang ditanda. . "Pakcik ada semput tak?" . "Tak, pakcik tak makan rumput." . . . Aima...

Surah Ar-Rahman boleh bantu kemurungan

A friend of mine kongsi satu abstrak research atas wanita yang alami depression. Atau ada yang lebih kenal dengan nama kemurungan. . So apa yang kita tahu tentang depression? . Kalau ikut definisi— berada dalam keadaan low mood, down, sedih lebih daripada dua minggu. Biasa diiring dengan rasa rendah diri melampau, aktiviti yang dulunya kita enjoy kita dah tak rasa apa, rasa lemah tak bermaya tak ada tenaga. Dan kadang boleh ada rasa sakit tanpa sebab. . Tapi Bukan sesenang tu nak letak label gitu. Hah, kau dok sedih lebih dua minggu kau depression ni. . No. It's not like that. . Pihak psikiatri akan ada assessment diorang sendiri, untuk tentukan betul major depression ke benda lain. Tak apa. Tu kita serahkan kepada yang pakar. . Saya just nak share satu study ni. . “SEGALA SESUATU MEMPUNYAI MEMPELAI; DAN MEMPELAI AL-QURAN ADALAH SURAH AR-RAHMÂN.” (HR AL-BAIHAQI) . Kajian ni, dibuat untuk lihat effect surah ar-Rahman dengan tahap depression orang. Insp...

Berhenti dadah kerana tak sedap? Baca kisah lelaki ini.

Susuk tubuh lelaki itu tegap. Tak seperti biasanya bekas penagih dadah. Bibir tak lekang dengan senyum. . Dalam ujian darahnya ada dikesan virus hepatitis C. Maka datang untuk ultrasound hati, untuk lihat sama ada sudah berparut/keras atau tidak. . "Nak check apa ni?" Dia bertanya lepas selesa baring. . "You ada hepatitis C kan?" . Dia angguk. . "Hepatitis C ni, dia serang hati. Lama-lama ada risiko hati boleh rosak." . Dia angguk lagi. . Hepatitis C ni adalah penyakit yang libatkan hati, penyebabnya adalah virus Hepatitis C. . Ia boleh tersebar lalu darah —berkongsi jarum, blood transfusion, alatan tajam yang tak sterile. Hubungan seks rambang, without protection. Daripada ibu kepada anak dalam kandungan. . Tapi most common is through the blood, dan biasanya kita detect melalui ujian darah juga. . Kebanyakan mereka yang ada hepatitis C ni tak ada simptom. Senyap saja. So kadang ada tu memang tak tahu pun dia ada Hep C, sam...

DETOKS MUKA DENGAN ADANIA BLUE SEA ALGAE HEALING MASK

Image
Untuk kulit yang matang, atau simply perlukan extra kelembapan, Adania Blue Sea Algae Healing Mask mungkin adalah jawapannya.  . ADANIA BLUE SEA ALGAE HEALING MASK Mengandungi 100% serbuk Spirulina diperoleh daripada alga lautan yang kaya dengan antioksidan, Blue Sea Algae Healing Mask ini akan bantu menambah keanjalan kulit dan menjadikan kulit terasa lembut. Ia juga akan menolong mengurangkan bakteria pada kulit, dan hasilnya, kuranglah juga masalah jerawat. . Cara guna: Larutkan serbuk mask dengan air/face mist/madu sehingga ia jadi bentuk paste. Ratakan pada muka Apabila mask sudah 70% kering, boleh bilas dengan air bersih.  ADANIA BLUE SEA ALGAE HEALING MASK Untuk ekstra kelembapan, boleh spray dengan Adania Face Mist selepas wajah dicuci bersih.  . Berapa kerap boleh gunakan Blue Sea Alga Healing Mask ni? Dua minggu sekali sudah memadai. Boleh digunakan up to 6 months, bergantung pada penggunaan.  . Oh ya, Blue Sea Alga Heal...