Saturday, January 12, 2019

Random Quran Flip 1

Random Quran Flip 1|
Saja nak bereksperimen.
.

Capai Quran tafsir, tutup mata.
Pasang niat—apa yang Kau nak pesan pada aku hari ini?
.

Dan randomly buka pada satu muka.
Dua muka surat surah al-Qasas.
.

Muka surat itu bercerita tentang waktu Nabi Musa baru diperintah oleh Allah untuk menyampaikan agama Allah pada Firaun dan rakyat Mesir.
.

Kita mesti familiar kan dengan rasa cuak, culas bila kena pergi interview. Atau buat presentation yang besar. Atau bentang thesis. Atau discussion project  dengan bakal investor
.

Dan yang seumpama.
.

Apparently Nabi Musa pun rasa benda yang sama. Pada dia, Nabi Harun lagi fasih nak berbicara dan pilihan yang tepat untuk bantu berdepan dengan Firaun nanti.
.

Random Quran Flip 1

"Dan saudaraku - Harun, ia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersama-samaku sebagai penyokong yang mengakui kebenaranku; sesungguhnya aku bimbang bahawa mereka akan mendustakan daku".
[28:34]
.

Yang mana Allah reply
.

Random Quran Flip 1

Allah berfirman:
"Kami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu dengan saudaramu (Harun), dan Kami akan memberikan kuasa kemenangan kepada kamu berdua oleh itu mereka tidak akan sampai kepada maksud membahayakan atau mengalahkan kamu.
.

Dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu, kamu berdua serta pengikut-pengikut kamu akan menang".
[28:35]
.

Ada masa rasa tanggungjawab nak buat perkara yang betul itu rasa berat atas pundak.
Take a deep breath, mohon bantuan daripada Allah—
.

—dan redah saja.
.

Ni sharing saja tau
Namun ayat Allah ni nak faham banyak lapisannya.
Untuk bebetul selami maksud, nak kena berdepan guru.
.

Sekian,
#randomquranflip1

Monday, January 7, 2019

8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!

8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!|
Alhamdulillah.
Masa awal-awal restart blogging dulu, dak KC ni lah yang rajin melayan dan beri bantuan.
Walaupun sampai sekarang banyak lagi yang tak faham.

Ahha~

Anyhow
Saja nak memeriahkan majlis dengan join sekali segmen Bloglist dia.

And I was supposed to suggest a topic that I would like to be discussed by her in the future. Oh well now, this is a little bit tricky and challengin.

Let's see...hmm

Teringin juga nak belajar cara paling simple dan kemas sekali untuk rekodkan belanja kita sehari-hari. Memandangkan KC ini otaknya penuh nombor, hopefully dia boleh lah bantu saya dan orang lain yang mahu belajar. Hiks!

Tahniah ya KC untuk 8 juta ini. 
Moga terus sukses dan warisi the wisdom and knowledge of your namesake. Sayyidah Nafisah, dari keturunan Saidina Hasan r.a.

Oh ya, siapa nak join, boleh saja klik pada banner somel pinky ni ok?


Sunday, January 6, 2019

Kesudahan mereka yang berbuat keji

Perkongsian daripada seorang sister tak lama dulu
.

Manusia yang berbuat keji itu, selagi tak dapat balik kekejian yang dia lakukan—selagi tu dia akan stay atas dunia ni
.

Ia mungkin tak datang direct kepada dia.
Mungkin akan terkena pada ahli keluarga atau keturunan
.

Mungkin juga tak akan exactly serupa dengan apa yang dia buat sebelum ni. But they way that Allah has tailored for him
.
Kesudahan mereka yang berbuat keji

Sama seperti mereka yang mengejek Rasulullah s.a.w kononnya terputus keturunan kerana hanya anak-anak perempuannya yang sempat hingga dewasa
.

Kerana anak yang dibawa oleh seorang wanita itu kan, adalah keturunan suaminya
.

Maka Allah decreed that keturunan melalui Fatimah r.a, adalah keturunan Rasulullah s.a.w.
Masih kekal keturunan  baginda hingga kini
.

Yang mengejek tu?
Keturunan mereka yang pupus habis tak tinggal kesan atas dunia.
.

Be mindful of others.
Be kind.
Do no harm if possible
.


Saturday, January 5, 2019

Surah Al-Fatihah: Perbualan Hamba dan Tuhannya

Surah Al-Fatihah: Perbualan Hamba dan Tuhannya

Surah Al-Fatihah: Perbualan Hamba dan Tuhannya|
Surah al-Fatihah ni, anak-anak kecil pun tahu baca. Basically ia adalah the first surah diperkenalkan kepada manusia dan surah paling kerap kita baca sepanjang hari dan sepanjang hidup.

Waktu solat.
Sebagai pembuka majlis.
Pengakhir majlis.
Dalam wirid.

Tapi berapa ramai kita yang actually tahu the power of this surah?

Bukan sekadar ummul kitab.
Bukan sekadar habit untuk dibaca saja-saja.
Surah Al-Fatihah: Perbualan Hamba dan Tuhannya

Al-Fatihah ni, umpama perbualan kita dengan Pencipta.
Dalam setiap bait ayat yang keluar dari bibir, Allah s.w.t ada jawab balasnya.

Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah;
“Bacalah al-Fatihah untuk dirimu sendiri. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: 

‘Allah Subhanahuwata’ala telah berfirman: solat itu dibahagi kepada dua, setengah untuk-Ku dan setengah lagi untuk hamba-Ku. Untuk hamba-Ku adalah apa yang diminta.



Apabila hamba-Ku membaca 
(ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ)
Hamba-Ku telah memuji-Ku.

Apabila hambaku membaca 
(ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ)
Hamba-Ku telah menyanjung-Ku.

Apabila hambaKu membaca 
(مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ)
Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku dan telah memasrahkan dirinya kepada-Ku.

Apabila hamba-Ku membaca
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ)
Ini adalah dua bahagian antara Aku dan hamba-Ku, maka bagi hamba-Ku adalah apa yang dia minta.

Apabila hambaKu membaca 
(ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ), (صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ)
Ini adalah bahagian bagi hamba-Ku maka baginya adalah apa yang ia minta. 

(Hadits riwayat Muslim)
Surah Al-Fatihah: Perbualan Hamba dan Tuhannya
You see?
How Allah is so pleased bila surah ini dibaca. Dan Dia siap beri offer pula akan beri apa yang kita minta.

Ada seorang guru pernah berkongsi.
Bila ada sebarang hajat di hati.
Baca surah ini
Sebaik saja baca ayat ke-lima, berhenti
'Hanya kepada Engkau kami menyembah, dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan'

Waktu kita berhenti kejap ni, dalam hati selitkan niat apa yang kita ingini
Kemudian sambung semula baca ayat seterusnya hingga ke akhirnya.

Selalu-selalukan juga hadiahkan al-Fatihah kepada Rasulullah saw dan ahli rumahnya, pada rohani dan jasad kita dan manusia di sekeliling kita.



Thursday, January 3, 2019