Posts

Showing posts from June, 2018

MAKSUD TAKBIR RAYA

Syahdu menyelusup ke celah jiwa sebaik sahaja mendengar takbir bergema. Sayu dendangan suara lelaki yang membimbing bacaan takbir. . Saya memang hafal takbir raya ni daripada sekolah rendah rasanya. Tapi segannya saya sebab bait-bait pujian kebesaran Allah ni, tidaklah saya tahu kesemua maknanya. . Jom sama sama kita teliti apa maksud sebenar laungan yang kita ulang-ulang, yang jadi halwa telinga kita di setiap Aidilfitri dan Aidiladha. . . MAKSUD TAKBIR RAYA اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar . اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar . اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar . لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ Laa ilaaha illallahu wallahu akbar Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar . اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ Allaahu akbar walillaahil hamd’ Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian . . . اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar اللهُ أَكْبَرُ Allahu akbar Allah Maha Besar الل...

APA MAKNA AIDILFITRI PADA ANDA?

Image
Raya itu tanda dah habis Ramadan. Dah tak wajib untuk puasa di siang hari Raya itu waktu berkumpul sekeluarga. Raya itu waktu nak pakai baju raya yang baru Raya itu balik kampung, ohoho balik kampung Raya itu ziarah menziarahi antara satu sama lain Kredit gambar: Google Raya itu bermaaf maafan Raya itu kad raya dan duit raya Raya itu waktu boleh makan juadah yang sedap-sedap Raya itu boleh main bunga api dan mercun . Kredit gambar: Google Banyak betul benda yang kita kaitkan dengan raya Aidilfitri ni. . Tapi, kalau Aidilfitri ikut definisi kita, maka kalau ada orang yang tak menepati ciri-ciri tu, maka dia tak beraya ke? Adakah tiada makna Syawal untuk mereka? . Pagi ini saya terima satu surat cinta.  Yang beri saya sudut pandangan baru tentang Aidilfitri.  . Aidilfitri versi hamba dan Tuhannya. . SubhanAllah. . Para sahabat, bila bertemu each other di Aidilfitri, mereka akan menyebut; . تَقَبَّلَ اللَّ...

Menghampiri Hujung Ramadan

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ ❝Seorang mukmin sejati ketika menyambut bulan Ramadhan, dia berusaha mengenal tuhan-Nya. Berharap terhapus dosanya, merasa dirinya paling rendah, paling memerlukan kasih sayang Tuhan-Nya.❞ [Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz حفظه الله تعالى] Dipetik dari channel telegram  Iloverasulullah

KENAPA MENGHALAU RAMADAN?

Para Sahabat (read: sahabat Rasulullah) dulu kan. 6 bulan sebelum Ramadan, mereka dah bersiap siap untuk terima bulan kesembilan itu. Sampai saja, Ramadan akan dipeluk-peluk penuh rindu. . Dan selepas Ramadan pergi, selama 6 bulan pula mereka berdoa sungguh-sungguh untuk ditemukan sekali lagi dengan Ramadan. . Seolah-olah 11 bulan yang lain itu, memang tujuannya satu saja. Prepare diri untuk bulan Ramadan. Kira macam raptai ibadah semua, dan bila tiba Ramadan, you go all out. Ala, macam training nak naik gunung or marathon, gitu. . Macam tu sekali Allah beri ketetapan hati pada mereka . Our reality nowadays . Ramai yang pada awal Ramadan itu, semangatnya berkobar lain macam. Tarawih terus 20 rakaat. Tadarus Quran surah al Baqarah tu dia lenjan dalam satu malam saja. Berasap. . Masuk sepuluh hari kedua, tarawih tinggal lapan rakaatnya. Helaian al Quran makin perlahan selakannya. . Ada yang lagi sedih . Masuk sepertiga akhir bulan, mood dah bertukar. Pada wakt...

IBADAH LAILATUL QADR KETIKA DATANG HAID

Image
10 malam terakhir, ramai yang mula nak bersiap sedia untuk memecut. Nak mencari Laila. The Laila. The Lailatul Qadr. Malam yang penuh dengan kebaikan dan keberkatannya sendiri. . How time flies kan? Ramadan ke 21 dan seterusnya ini, apa beza dengan Ramadan 1 kita tiga minggu yang lepas? . Dikatakan pada malam Lailatul Qadr, para malaikat turun ke bumi memenuhi rumah orang muslimin. Ramainya mereka diumpamakan seperti banyaknya pepohon dan batuan yang ada di muka bumi ini. . IBADAH LAILATUL QADR KETIKA DATANG HAID Sumber: Pinterest Mereka ini akan jadi saksi ibadah, zikir , solat kaum muslimin . Aminkan doa-doa tuan rumah. Maka rugi betul kalau kita tak manfaatkan peluang yang datang sekali dalam setahun ni . . IBADAH LAILATUL QADR . Soalan dan jawapan tentang ibadah Lailatul Qadr ini dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim "Ustaz, ibadah apa nak buat untuk dapat Lailatul Qadr?" Imam Malik dan Imam Syafie kata syarat minimum (paling kurang), k...

PUJIAN ITU—MILIK ALLAH SEMATA

"Alhamdulillaahirabbil ‘aalamiin." . Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam . Anas. bin Malik ra. berkata, Nabi saw. bersabda: . "Alhamdulillaahirabbil ‘aalamiin." . Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam . Anas. bin Malik ra. berkata, Nabi saw. bersabda: . "Tiadalah Allah memberi nikmat kepada seorang hambaNya, kemudian hamba itu mengucapkan  . "Alhamdulillah" . melainkan apa yang diberi itu lebih utama daripada apa yang ia terima. (Yakni ucapan "Alhamdulillah" itu lebih besar nilainya dari nikmat dunia itu)  (HR. Ibnu Majah). . . . . Misalkata Allah beri kekayaan seluruh dunia pada kita, dan kita sebut Alhamdulillah. . Sepatah 'Alhamdulillah' itu lagi besar maknanya berkali ganda kepada Dia berbanding apa yang Dia beri pada kita. . How is it that He loves us that much?

DOKTOR BIUS—PASUKAN DI SEBALIK TABIR DAN TOPENG MUKA

Lepas saya D&C pada tahun 2016 dulu, kawan saya seorang doktor bius mesej saya secara peribadi dan bertanya; . "So, kau rasa jadi anesthetist ni cool tak?" . Bila dah dalam medical profession, tahap cuak kita akan berganda lagi bila sendiri yang jadi pesakit. Sebab sendiri tahu dan pernah saksi yang apa-apa pun boleh jadi. . Prosedur cuci rahim yang saya lalu simple saja, tapi segala mak nenek komplikasi yang ada dah terbang dalam kepala. Debar kat dada jangan cakapla. . Dan, pada pertanyaan teman saya itu, saya membalas; . "Aku rasa cool gila. Sbb korang take care of the patients when they are most defenseless." . Doktor bius dan pasukannya lah yang menjaga pesakit waktu mereka dalam keadaan paling lemah sekali. Dan tugas mereka juga yang paling orang awam tak nampak. . Itu logik. . Sebab kalau diikutkan, orang yang ada contact dengan mereka (secara am nya) adalah mereka yang masuk ICU atau mereka yang akan lalu pembedahan. . Yang mas...

APA PERLU KITA BUAT BILA JUMPA AYAT SAJADAH?

Image
Sempena bulan Ramadan ni, mesti ramai yang semangat berkobar-kobar nak baca Quran or nak khatamkan Quran. Dan dalam asyik membaca tu, mesti ada terjumpa simbol macam kubah tu pada sesetengah ayat. Betul tak? APA PERLU KITA BUAT BILA JUMPA AYAT SAJADAH? Gambar ihsan Google Ayat-ayat yang ada tanda ni, dipanggil ayat sajdah/sajadah. . APA PERLU KITA BUAT BILA JUMPA AYAT SAJADAH? Apa itu ayat sajadah? . Ayat sajadah itu adalah ayat-ayat dalam al-Quran yang apabila dibaca atau didengar, disunatkan untuk melakukan sujud sajadah/tilawah. Tilawah itu maksudnya bacaan. Maka sujud Tilawah itu adalah sujud yang dilakukan bila membaca atau mendengar ayat-ayat sajadah. . Ada 15 ayat dalam Quran yang masuk dalam kategori ayat sajadah; . 1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15 3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50 4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109 5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58 6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18 7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60 9. Su...