Posts

Showing posts from August, 2018

Generasi telefon pintar mungkin tak akan faham perkara ini

Image
Siapa yang sempat merasa zaman kegemilangan Nokia dulu, mesti akan lalu pengalaman ini. . Betapa rajin kita menyelak majalah atau suratkhabar untuk tengok kod lagu apa yang ada. . Betapa gigihnya menyalin setiap satu kod ringtone tersebut.  . Betapa sangat kita hargai kod-kod tersebut hingga sanggup sediakan satu buku khas untuk simpan kod yang disalin. . Walaupun nada deringnya hanya mono- atau polifonik sahaja, tahap rasa seronok bila lagu itu terhasil tak dapat nak diungkap dengan kata-kata . Haih, kenangan betul.

Meteor Garden 2018 di Netflix

Image
Seorang adik sekerja bertanya kepada saya, . "Kak Aima tengok tak Meteor Garden yang baru kat Netflix?" . Selepas menarik nafas panjang dengan penuh dramatis, saya membalas,  . "Akak dah tengok Meteor Garden versi Taiwan awal-awal dulu (16 tahun lepas), Hana Yori Dango (versi Jepun—13 tahun lepas) dan Boys Over Flowers (versi Korea—9 tahun lepas), dah tak larat dah nak tengok satu lagi versi." . Drama-drama bersiri ini diadaptasi daripada sebuah manga (komik) Jepun yang bertajuk Hana Yori Dango (juga ada saya baca dulu).  . Hana Yori Dango—versi manga, Taiwan, Jepun dan Korea Meteor Garden, Boys Over Flowers, Hana Yori Dango—kisahnya berkisar tentang seorang anak gadis daripada keluarga yang biasa-biasa yang diterima masuk ke sebuah kolej berprestij. Di situ dia tanpa sengaja membuat musuh dengan empat orang pelajar lelaki daripada keluarga yang paling berpengaruh di situ. . Dan macam biasa, jalan ceritanya bersulamkan konf...