BUKAN KERANA BULAN REJAB
Walaupun tak ada hadith sahih yang menyatakan keistimewaan bulan Rejab ni, tak ada salahnya nak memberi makan extra kepada jiwa ruh batin kita. . Lepas tu kita upgrade selow selow. Lagi pun dah nak Ramadhan pun niii. Kira warm up lah kannn. . 3 perkara kita boleh cuba dan cuba dan cuba amalkan sepanjang bulan Rejab ni dan seterusnya bulan-bulan yang lainnya sampai jadi rutin. . Bagi Ruh kita gemuk pula. Feeding the soul kata orang. . 1. Solat sunat Tahajud, Tasbih, Taubat dan sunat witir. . 2. Membasahkan lidah dengan istighfar, selawat, zikir, tasbih, baca Quran. . 3. Berdoa. Memohon keampunan diri dan ibu bapa. Minta apa-apa saja dengan Tuhan. Dia kan suka sangat kalau kita minta daripada Dia. . Buat untuk redha Allah, bukan kerana bulan Rejab ok!