Kereta dilanggar dari belakang. Anak yang disusukan cedera di kepala.

Isu car seat ni biasanya saya tak berapa nak ambil pusing sangat sebab saya just ada anak kucing.
Tapi sejak melihat CT scan kepala seorang baby pagi tadi, rasa macam tak boleh nak pandang enteng benda ni.
.

Ada seorang perempuan. Seorang ibu. Di tempat duduk penumpang. Sedang susukan anak. Susu badan. Bila susukan anak tu, saya assume seat belt pun dibuka lah agaknya kan, lagi mudah.
.

Datang kereta dari belakang menghentam bontot kereta mereka. That force buatkan ibu itu terdorong ke depan, dada terhentak dashboard.
Dan anak itu tersepit antara keduanya.
.

Allah.
.

Saya tak tahu apa jadi pada ibunya.
Tapi si kecil itu retak pada beberapa bahagian tempurung kepala.
Ada sikit pendarahan pada otak.
Tak sedarkan diri, maka harus diberi sokongan pernafasan.
.

Kadang-kadang
Bukanlah exactly salah kita kan
Kadang-kadang
Kita dah pandu kereta sehabis baik. Tak laju. Tak memotong.
But sometimes orang lain yang tersilap langkah. Dan kita terlibat sama dan tanggung akibatnya.
.

Mungkin
Akan tetap cedera juga bila guna carseat
Mungkin
Cedera jenis lain pula yang dapat bila pakai seat belt time accident
.

Memang.
Tak tipu.
Injury can still happen even bila kita dah protect diri kita seboleh-bolehnya.
And accidents do happen.
Tapi at least we try.  Cuba sedaya upaya dalam bidang kuasa kita.
.

Post ni bukan untuk kecam mana-mana pihak.
Lagi-lagi ibu itu.
Kerana saya pasti.
Retak dan berdarah pada anak itu, retak dan berdarah hati ibu itu lagi berkali-kali ganda.
.

Kan?

.


Be safe, okey?
Jangan lupa car seat dan tali pinggang keledar kalau boleh.
Tapi kadang realiti hidup kita tak se ideal yang kita nak.
But do the best that we can.
Dan doalah agar Allah lindungi keluarga kita.
.

Semoga yang terlibat tabah menghadapi ujian dari Allah.
Semoga si kecil itu juga diberi kesembuhan.

.

Aima Hassan


Sekadar berkongsi untuk beringat

Comments

  1. HMM KESIANNYA HARAP DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DIORANG

    ReplyDelete
  2. Irra tak berani nak komen. Kalau anak nak susu. Takkan kita biar dia menangis. Moga baby tu dan ibunya kembali sihat. Moga ibu tabah untuk lalui hari hari mendatang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin amek semua precaution yang boleh, and pray for the best.

      Delete
  3. Betul tu, kdg2 kita dah extra careful, tapi benda tak elok masih terjadi. Yg penting kita dah berusaha yg terbaik. Semoga baby tu cepat sembuh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts