Posts

Showing posts from February, 2019

SELUK JARI BUKAN SEKADAR UNTUK PERIKSA BUKAAN RAHIM

Image
SELUK JARI BUKAN SEKADAR UNTUK PERIKSA BUKAAN RAHIM| Lepas tinggalkan komen pada survey Tuan Irfan kelmarin, tergerak hati untuk kongsi sedikit memori yang dipelajari waktu jadi Houseman dalam posting O&G banyak tahun dulu. Ok, mungkin ada belajar masa medical student tapi saya berangan agaknya. Lagipun belajar dengan pengalaman kan lagi lekat di kepala cewah. Secara amnya, kebanyakan orang aware yang bila preggy mommies dah ditolak ke dalam labour room, benda yang paling tak selesa sekali adalah bila diseluk selang beberapa jam untuk periksa bukaan rahim/jalan (vaginal examination aka VE). Tapi mungkin ramai yang tak tahu Masa kita seluk tu, bukan bukaan rahim saja yang kita nilai. Ada beberapa info lagi yang boleh kita dapat tahu dalam masa beberapa saat kita buat prosedur tu. . 1. Bukaan pangkal rahim (ok ni semua orang tahu) 2. Bahagian baby yang mana menghala ke bawah. Betul, kebiasaan moms yang masuk ke labour room memang dah tahu apa posi...

Fenomena Supermoon

Image
Fenomena Supermoon Supermoon itu adalah fenomena di mana kedudukan bulan itu dikatakan paling dekat dengan bumi. Jadinya bulan akan nampak lagi besar, lagi terang even pada mata kasar. Malam tadi (20 Februari 2019) adalah salah satu waktunya. Ada sahabat yang berkongsi gambar bulan yang diambil dengan kamera DSLR yang di'mount' pada teleskop.  Warna putih kuning lembut. Dengan biasan cahaya samar-samar di keliling.  Fenomena Supermoon MashaaAllah. "Breathless rasa tengok gambar-gambar ni," saya beritahu pada dia. "Tak sama dengan tengok di teleskop Cekma." "Lagi breathtaking?" Tanya saya. "Simply out of the world," dia membalas. Tak macam apa yang ada di dunia. SubhanAllah. Kalaulah tengok seri bulan pun dah boleh buat rasa tenang dan puas. Apa lagi bila tatap wajah Rasulullah yang lagi indah daripada bulan? Fenomena Supermoon “Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di...

EMPOWERING ROLE: A SILENT SUPPORTER

Image
EMPOWERING ROLE: A SILENT SUPPORTER EMPOWERING ROLE: A SILENT SUPPORTER| When I was contacted by Sister Abla to elaborate more on my choice of 'women breaking stereotypes' role, I mulled for quite a long time. It's one thing commenting on it, but to really pour your thoughts in it, is a whole other matter. But I try to make it as sensible as possible, so bear with me alright. Bismillahirrahmanirrahim The role that made me feel empowered is being a SILENT SUPPORTER. I did not mean it as sending prayers to someone without them knowing it, or helping them behind their back (although it could be that too). My version of a silent supporter is...let me give an example We put all kind of masks when when we are facing the world. The public. We put on brave faces. We only let them see what we want to let them see. But we have our own fears. Our own ugly sides. Our own hideous breakdowns. And sometimes, that side we do not wish to show to anybody, including thos...

Bila rasa nak buruk sangka, Istighfar

Image
Bila rasa nak buruk sangka, Istighfar Bila rasa nak buruk sangka, Istighfar| "Saudara saya itu orangnya moden moden, pakai baju ketat-ketat, rambut warna karat." "Dia jarang sangat lah nak ikut sama aktiviti keluarga. Kenduri ke apa ke, boleh kira dengan jari." Memang best bila bercakap pasal orang lain. Lagi-lagi bila kita rasa dia salah. Dan kita dalam ramai—adalah lagi betul daripada dia yang diperkata. Darjeling selalu panas telinga je bila dengar cerita-cerita macam tu. Daripada Darjeling tak kenal pun siapa yang dicerita, dah jadi boleh sebabkan buruk sangka. Darjeling pun kata "Mungkin sebab dia tahu kalau dia datang pun, orang mengata. So baiklah dia tak datang." "Eh, mana ada orang nak ngata apa-apa depan dia." Darjeling balas. "Depan-depan memang la tak. Tapi mengata kat belakang, mesti ada kan? Diam. Tukar topik lain. 'Banyak sungguh dah Allah simpan aib kita. Banyak sungguh dah Allah pelihara diri kita...

MY FAVOURITE HADITH

Image
Saya mahu sama the one yang Bila saya fikir dia sayang pada saya, dia memang sayang pada saya Bila saya harap dia maafkan saya, maka dia akan maafkan saya Bila dalam ramai saya teringat dia, dia akan ingat pada saya dalam kelompok yang lagi baik Bila saya dekati dia setapak, dia akan dekati saya bertapak-tapak Bila saya bertatih ke arah dia, dia akan meluru untuk sambut saya Bahagia betul bila ada yang sayang kita semacam ini. Agak-agak siapa tu? Parents kita? Pasangan kita? BFFs? Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw bersabda: Allah berfirman:   “Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku.  Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka.  Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu ...

ZUHUD, KISAH IBN ARABI DAN NELAYAN

Image
Sebelum ni yang saya tahu tentang zuhud adalah bersederhana.  Ye lah, tak melebih-lebih, tak bermewah sangat. Korang fikir macam tu juga ke? Tapi lepas dengar satu sesi sharing ni, saya dapat faham dari satu sisi yang lain pula. Saidina Ali kata; 'Zuhud itu bukanlah maksudnya kita tak memiliki langsung, tapi kita tidak dimiliki oleh apa-apa pun.' Sangat make sense, tapi saya masih struggle untuk apply. Sedangkan benda yang kecil Allah pinjamkan pun rasa nak meraban kalau hilang atau misplaced, apatah lagi yang kita anggap berharga. Ada satu cerita yang saya suka berkait dengan konsep zuhud ni—tentang Ibn Arabi dan anak muridnya. Ibn Arabi ni adalah seorang ahli sufi dari Sepanyol.  Salah seorang anak muridnya bekerja sebagai nelayan. Nelayan itu sangat sederhana hidupnya. Setiap pagi dia akan keluar ke laut dan pulang dengan hasil tangkapan. Semua ikan yang dia dapat tu, dia akan beri kepada penduduk yang miskin. Dah tu, apa yang...

CNY 2019 - Tahun 'Ji Hai'

Image
CNY 2019 - Tahun 'Ji Hai'| Babi ni adalah haiwan ke-12 dalam kalendar Zodiak Cina. . Kenapa dia yang terakhir? . Sebab masa Jade Emperor panggil berkumpul, dia datang beroink oink paling last sekali. . Ah-ha~ However katanya yang lahir tahun babi ini sifatnya caring, mendengar kata, rela berkorban, lembut hatinya. Tapi, mereka juga boleh jadi susah nak buat keputusan, innocent sangat dan agak OCD. . Saya tak arif pun dengan bab astrologi ni. Tapi saya kira orang-orang dulu dah perhati perangai manusia ni lama bertahun-tahun. Dan pe'el manusia ni basically sama saja bak kata Agatha Christie. . Anyhow . CNY 2019 - Tahun 'Ji Hai' Wishing my Chinese friends a very Happy and Prosperous year ahead~❤️

9:13 THE RETURNING DAN TRAGEDI 1972

Image
Ada satu masa tu, sedang saya meneliti satu persatu tajuk movie di Iflix, mata terhenti pada satu tajuk 9:13 The Returning.  Daripada gambar, dapat saya rumuskan yang ia adalah cerita seram. Saya tak suka cerita seram. Namun bila penunjuk tetikus saya berada pada poster cerita itu, ternampak sekali sinopsisnya yang percikkan rasa ingin tahu saya. 9:13 THE RETURNING DAN TRAGEDI 1972 Gambar: cilisos.my "In 1972 , September 13th a grieving tragedy occurred in Parit Buntar, Malaysia. Where a ferry sank, carrying 20 passengers on board. Tragically all lives were lost, among them were 17 young students." Mungkin kerana ia berlaku sebelum saya lahir, maka saya tidak tahu. Mungkin kerana ia berlaku jauh dari saya, maka saya tidak pernah dengar. Apa-apa pun saya terus sahaja mencari kisah itu dalam Google. Dan saya terdiam sebentar. Rupa-rupanya ia tragedi yang sangat menyayat hati. Pada waktu itu, feri menjadi mode of transportation utama merentasi Sungai Keria...

AKU PERGI MENCARI DUNIA, AKU PULANG MEMBAWA AKHIRAT

Image
AKU PERGI MENCARI DUNIA, AKU PULANG MEMBAWA AKHIRAT AKU PERGI MENCARI DUNIA, AKU PULANG MEMBAWA AKHIRAT | Waktu itu dah berapa hari mereka sekeluarga tak makan. Maka Ali r.a minta isterinya Fatimah r.a untuk pohon bantuan daripada Rasulullah s.a.w. Dengar khabar utusan Allah baru saja terima haiwan-haiwan ternakan. . Fatimah pun pergilah menghadap ayahnya. . Mendengar permintaan puterinya, Rasulullah bertanya, "Mahukah sekiranya aku ajarkan lima ayat yang Jibril baru ajarkan padaku, yang lebih baik daripada lima ekor kambing?" . Fatimah memilih lima ayat itu tanpa fikir panjang. . Ok, kita pause sekejap boleh? . Saya tengah membayangkan diri saya sendiri dalam keadaan itu. Dah lapar gila banyak hari tak makan. Balik rumah parents, nampak ada KFC sebucket atas meja. Lepas tu parents tanya, nak KFC ke nak doa yang malaikat ajar? . Duh, obviously saya akan meluru ke KFC dulu. Jujur tak? . Tapi puteri N...