9:13 THE RETURNING DAN TRAGEDI 1972
Ada satu masa tu, sedang saya meneliti satu persatu tajuk movie di Iflix, mata terhenti pada satu tajuk 9:13 The Returning. Daripada gambar, dapat saya rumuskan yang ia adalah cerita seram.
Saya tak suka cerita seram.
Namun bila penunjuk tetikus saya berada pada poster cerita itu, ternampak sekali sinopsisnya yang percikkan rasa ingin tahu saya.
9:13 THE RETURNING DAN TRAGEDI 1972 Gambar: cilisos.my |
"In 1972, September 13th a grieving tragedy occurred in Parit Buntar, Malaysia. Where a ferry sank, carrying 20 passengers on board. Tragically all lives were lost, among them were 17 young students."
Mungkin kerana ia berlaku sebelum saya lahir, maka saya tidak tahu.
Mungkin kerana ia berlaku jauh dari saya, maka saya tidak pernah dengar.
Apa-apa pun saya terus sahaja mencari kisah itu dalam Google.
Mungkin kerana ia berlaku jauh dari saya, maka saya tidak pernah dengar.
Apa-apa pun saya terus sahaja mencari kisah itu dalam Google.
Dan saya terdiam sebentar.
Rupa-rupanya ia tragedi yang sangat menyayat hati.
Pada waktu itu, feri menjadi mode of transportation utama merentasi Sungai Kerian untuk menghubungkan Parit Buntar, Perak dan Bandar Baharu, Kedah.
Pada waktu itu, feri menjadi mode of transportation utama merentasi Sungai Kerian untuk menghubungkan Parit Buntar, Perak dan Bandar Baharu, Kedah.
Tapi jangan pula bayangkan rupa ferinya macam feri yang kita ada sekarang ni. Feri yang dimaksudkan pada waktu itu adalah jenis feri yang diikat dengan sistem tuil (pulley) dan ditarik oleh sebuah bot kecil.
9:13 THE RETURNING DAN TRAGEDI 1972 Gambar: cilisos.my |
9:13 THE RETURNING DAN TRAGEDI 1972 Gambar: pinterest |
Hujan lebat membasahi bumi pada pagi itu. Feri berlepas seperti biasa, membawa penumpang-penumpang termasuk sebuah van yang dipenuhi oleh anak-anak sekolah rendah. Namun arus sungai yang deras telah memutuskan tali keselamatan.
Tanpa ada cara untuk menyambungkan kembali tali yang terputus, feri mula condong ke sebelah dan lama kelamaan terbalik ke dalam sungai bersama-sama penumpangnya.
9:13 THE RETURNING DAN TRAGEDI 1972 Gambar: cilisos.my |
27 nyawa terkorban, 25 daripadanya adalah pelajar sekolah.
Sedih, kan?
Saya termenung seketika.
Kalau dilihat.
Kalau difikir-fikir.
Banyak je kejadian tragis yang berlaku di sekeliling kita. Kecil, atau besar. Tinggal kita saja nak ambil tahu ataupun tidak.
Mungkin, perkara-perkara sedih ini jadi sebagai peringatan untuk kita, manusia yang sering lalai.
Sering terlupa.
Sering terlepas pandang benda yang kecil tapi penting kerana terpesona dengan benda yang lebih nampak di mata.
Macam kejadian 1972 itu.
My condolences to all victims and their grieving families.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Tahniah kerana anda telah menang segmen yg abam kie anjurkan. Untuk maklumat lanjut dan cara menuntut hadiah, sila layari http://www.zukidin.com/2019/02/keputusan-bloglist-exchange-segment-by.html. Terima kasih.
Tq abam kie
DeleteLoved reading this thanks
ReplyDelete