Posts

Showing posts from May, 2019

World Quran Hour - Kempen Interaksi dengan Al Quran

Image
World Quran Hour - Kempen Interaksi dengan Al Quran World Quran Hour - Kempen Interaksi dengan Al Quran Al-Qadr 97: 4- 5| Ramadan 25 Allah SWT berfirman: تَنَزَّلُ الْمَلٰٓئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِّنْ كُلِّ أَمْرٍ tanazzalul-malaaa`ikatu war-ruuhu fiihaa bi`izni robbihim, ming kulli amr "Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);" . سَلٰمٌ هِىَ حَتّٰى مَطْلَعِ الْفَجْرِ salaamun hiya hattaa mathla'il-fajr "Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" . . Hari ini ada World #QuranHour yang akan berlansung di seluruh dunia, daripada jam 10 pagi hingga 1 petang waktu Malaysia. Misi kempen tahun ini adalah untuk fahami dan ambil ibrah daripada 4 kisah dari surah al-Kahf untuk hadapi cabaran dunia zaman ini. Dunia kita yang telah jadi volatile, uncertain, complex and ambiguous (VUCA). World Q...

Satu Ayat Sehari : Ramadan 23

Image
Hud 11:73| Ramadan 23 Waktu ini malaikat berkunjung ke rumah Nabi Ibrahim, dan memberi khabar gembira tentang bakal lahirnya seorang anak lelaki — Ishak, dan diikuti Yaakub, cucunya. Wife Nabi Ibrahim jadi hairan. Kerana dia sudah berumur, Nabi Ibrahim juga sudah sangat tua, mana mungkin nak dapat anak kalau ikut hukum manusia? Allah SWT berfirman: قَالُوٓا أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۖ رَحْمَتُ اللَّهِ وَبَرَكٰتُهُۥ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ ۚ إِنَّهُۥ حَمِيدٌ مَّجِيدٌ qooluuu a ta'jabiina min amrillaahi rohmatullohi wa barokaatuhuu 'alaikum ahlal-baiit, innahuu hamiidum majiid . "Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. . Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya." . #satuayatsehari

Satu Ayat Sehari : Ramadan 22

Image
An-Naml 27:19 | Ramadan 22 Allah SWT berfirman: "Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh." #satuayatsehari

Satu Ayat Sehari : Ramadan 21

Image
At-Takasur 102:1 | Ramadan 21 Allah SWT berfirman: أَلْهٰىكُمُ التَّكَاثُرُ al-haakumut-takaasur "Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -" #satuayatsehari

Satu Ayat Sehari : Ramadan 20

Image
Al-Fajr 89:15| Ramadan 20 Allah SWT berfirman: فَأَمَّا الْإِنْسٰنُ إِذَا مَا ابْتَلٰىهُ رَبُّهُۥ فَأَكْرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكْرَمَنِ fa ammal-insaanu izaa mabtalaahu robbuhuu fa akromahuu wa na''amahuu fa yaquulu robbiii akroman "(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian,  maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku!" Takut. #satuayatsehari

Satu Ayat Sehari : Ramadan 19

Image
Al-Infitar 82: 6 | Ramadan 19 Allah SWT berfirman: يٰٓأَيُّهَا الْإِنْسٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ yaaa ayyuhal-insaanu maa ghorroka birobbikal-kariim "Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -" To which Allah jawab— actually tak ada apa pun yang memperdaya, kecuali diri manusia tu sendiri yang tak percaya pada hari pembalasan. Banyak betul alasan kita beri kat diri sendiri selama ni rupanya. Lemahnya kami, ampunilah kami. #satuayatsehari

Satu Ayat Sehari : Ramadan 17

Image
Ar-Ra'd 13: 11| Ramadan 17 . Allah SWT berfirman: . لَهُۥ مُعَقِّبٰتٌ مِّنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِۦ يَحْفَظُونَهُۥ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَآ أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوٓءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥ ۚ وَمَا لَهُمْ مِّنْ دُونِهِۦ مِنْ وَالٍ . lahuu mu'aqqibaatum mim baini yadaihi wa min kholfihii yahfazhuunahuu min amrillaah, innalloha laa yughoyyiru maa biqoumin hattaa yughoyyiruu maa bi`anfusihim, wa izaaa aroodallohu biqoumin suuu`an fa laa marodda lah, wa maa lahum min duunihii miw waal "Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala b...

Satu Ayat Sehari : Ramadan 15

Image
Al-Mu'minun 23:118 | Ramadan 15 Allah SWT berfirman: وَقُل رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرّٰحِمِينَ wa qur robbighfir war-ham wa anta khoirur-roohimiin "Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!" #satuayatsehari

Satu Ayat Sehari : Ramadan 14

Image
Allah SWT berfirman: خَلَقَ الْإِنْسٰنَ مِنْ نُّطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُّبِينٌ kholaqol-insaana min nuthfatin fa izaa huwa khoshiimum mubiin "Ia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya." An-Nahl 16:4| Ramadan 14 #satuayatsehari

Satu Ayat Sehari : Ramadan 13

Image
Allah SWT berfirman: رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ robbanaa laa tuzigh quluubanaa ba'da iz hadaitanaa wa hab lanaa mil ladungka rohmah, innaka antal-wahhaab "(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." Ali 'Imran 3: 8 | Ramadan 13 #satuayatsehari

Satu Ayat Sehari : Ramadan 12

Image
Kita semua boleh termasuk golongan ini. Moga Allah lindungi saat akhir kita nanti. Ultimate nyesal yang tak sudah. "Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)" (Al-Mu'minuun 23:99) | Ramadan 12 #satuayatsehari

Satu Ayat Sehari : Ramadan 11

Image
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah." Fussilat 41: 37| Ramadan 11 #satuayatsehari

Satu Ayat Sehari: Ramadan 10

Image
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (Al-Qamar 54:17) | Ramadan 10 . #satuayatsehari 

Satu Ayat Sehari : Ramadan 9

Image
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Al-Hadiid 57:23) | Ramadan 9 #satuayatsehari

Buah Pinggang untuk Anakku

Image
"Yang nak derma ni, akak sendiri offer ke macam mana?" Mata wanita yang muda sedikit saja daripada mamaji itu jadi berkaca. Sambil tangannya mengelap bahagian abdomen yang dibasahi gel dengan kain yang tersedia, dia membalas "Ye, akak sendiri yang offer." Akak itu menjalani pemeriksaan ultrasound sebagai saringan awal untuk menderma salah satu buah pinggang kepada anaknya. Beberapa tahun lepas buah pinggang anaknya mengalami masalah. Lama kelamaan buah pinggang sudah hilang fungsi asal, maka tugas itu terpaksa diganti dengan mesin cuci darah. "Dulu akak pernah offer juga, tapi anak tak nak masa tu," dia diam sebentar. "Yelah masa awal-awal dulu banyak komplikasi. Duduk wad lama, kena jangkitan lagi, nak cuci darah hari-hari lagi." Buah Pinggang untuk Anakku Photo by  Daan Stevens  on  Unsplash "Mungkin masa tu dia pun rasa tak senang nak terima buah pinggang akak," akak itu menyambung. "Dengan keadaan ta...

Satu Ayat Sehari : Ramadan 8

Image
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mu'minuun 23:115) | Ramadan 8 #satuayatsehari

Iftar di Bangi Golf Resort dan Mother's Day

Image
Berpinar mata sekejap bila sampai ke Bangi Golf Resort semalam. Masakan tidak, ramainya umat manusia datang untuk berbuka di tempat yang sama. Rasanya ini kali pertama saya experience berbuka di luar dengan orang seramai macam ni. Masuk ke dalam ruang makan, berpinar lagi mata. Pilihan makanan dia mak aiii, jadi tak tahu nak mula dengan mana dulu. Di sebelah sini ada bahagian appetizer dan desserts yang pelbagai jenis. Kuih muih Kuih muih Churros & Durian gelato  Buah-buahan Di bahagian tengah ada dua susunan lauk pauk Melayu dan pasta. Lauk pauk  Pasta Di belah sana ada dua barisan panjang sedang beratur untuk dapatkan kambing bakar dan satay. Barisan satay dan kambing Fried & Grill Kambing bakar Ada bahagian yang specialize dalam Chinese stirfry. Chinese stirfry Nasi kerabu. Roti bun hangat dengan mentega dari Jerman. Noodle corner. ABC. Popcorn. Churros. Durian gelato. Aiskrim. Mee dan ku...

Satu Ayat Sehari : Ramadan 7

Image
Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. . Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). . ( Yunus 10:5 ) | Ramadan 7 #satuayatsehari

Iftar di Buffet Ramadan Villa Istana Melaka, Ayer Keroh

Image
Iftar di Buffet Ramadan Villa Istana Melaka, Ayer Keroh|  Letaknya dalam kawasan perumahan, patutlah selama ni tak sedar pun wujudnya Villa Istana ni. Bangunan rumah tersergam indah dengan pondok pengawal di pagar, kawasannya luas sekali. Bahagian dalam rumahnya pula cukup kemas dan ekslusif.  Iftar di Buffet Ramadan Villa Istana Melaka, Ayer Keroh Tanpa khemah Waktu sampai ke Villa Istana untuk buffet Ramadan semalam, ingatkan aktiviti berbuka akan berlangsung kat dalam rumah. Rupa-rupanya satu khemah besar dah didirikan atas tanah lapang di bahagian tepi villa tersebut. Tanah dialas dengan rumput karpet tiruan, hendak masuk ke dalam kawasan berbuka disambut pula dengan pintu gerbang bunga. Di satu hujung khemah disediakan pentas. Open space. Nice. Aktiviti wajib setiap kali ke buffet, saya mesti akan tawaf tengok apa juadah yang ada. Konon recce kawasan la, sambil susun dalam kepala apa yang nak dirasa. Di bahagian tengah tersedia nasi (puti...