AFB FEED

World Quran Hour - Kempen Interaksi dengan Al Quran

World Quran Hour - Kempen Interaksi dengan Al Quran

World Quran Hour - Kempen Interaksi dengan Al Quran


Al-Qadr 97: 4- 5| Ramadan 25

Allah SWT berfirman:

تَنَزَّلُ الْمَلٰٓئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِّنْ كُلِّ أَمْرٍ

tanazzalul-malaaa`ikatu war-ruuhu fiihaa bi`izni robbihim, ming kulli amr

"Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);"
.

سَلٰمٌ هِىَ حَتّٰى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
salaamun hiya hattaa mathla'il-fajr

"Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
.
.

Hari ini ada World #QuranHour yang akan berlansung di seluruh dunia, daripada jam 10 pagi hingga 1 petang waktu Malaysia.

Misi kempen tahun ini adalah untuk fahami dan ambil ibrah daripada 4 kisah dari surah al-Kahf untuk hadapi cabaran dunia zaman ini.

Dunia kita yang telah jadi volatile, uncertain, complex and ambiguous (VUCA).
World Quran Hour - Kempen Interaksi dengan Al Quran

Maka jadi harapan ia dapat jadi pasak untuk cabaran iman, ilmu, kuasa dan harta.

Tapi not necessarily kena baca surah al-Kahf saja. Asalkan dapat berinteraksi dengan al-Quran, maka tercapailah tujuan Quran Hour ini.

Kalau tak dapat nak ke masjid yang ditetapkan untuk join the program, buat sendirian atau dengan kumpulan kecil di rumah, tempat kerja pun dah sangat alhamdulillah.

Orang Melaka boleh ke Masjid Cina Negeri Melaka.
World Quran Hour - Kempen Interaksi dengan Al Quran

Jangan lupa rekodkan moment Quran Hour dan asi trending World #QuranHour di socmed masing-masing k.
.
.
Aima Hassan
We try k?

No comments:

Post a Comment

Follow by Email