Posts

Showing posts from August, 2021

Tentang Menjadi Penerima Vaksin Terawal

Image
 Dua bulan sebagai petugas vaksin fasa pertama. Secara automatik juga kami jadi antara penerima vaksin yang terawal. Program kebangsaan bermula pada 25 februari 2021, kami terima dos pertama pada 26 februari. Waktu itu tak ada siapa pun yang boleh dirujuk melainkan helaian-helaian artikel dan kertas kerja daripada luar. Bukannya boleh nak hello hello pak menteri tanya ada side effect ke tidak pun kan sehari selepas mereka terima vaksin. Nak kata tak skeptikal tu tipulah. Rata-rata petugas kesihatan masa itu mengambil langkah untuk...tengoklah dulu, biarlah orang lain ambil dulu, tengok macam mana. Saya ada terfikir macam tu juga, tapi bila fikir lagi dan selam lebih dalam—its okay untuk orang lain pergi dulu, tapi bukan diri kita sendiri?  Macam tak berapa kena. Kan? Dos 1:  kesan tak terasa sangat. Cuma sedikit letih. Pada hari yang sama juga arwah atuk meninggal dunia, maka dalam keadaan yang rushing nak balik kampung dengan adrenaline rush, tak terasa sangat side effec...