Tentang Menjadi Penerima Vaksin Terawal
Dua bulan sebagai petugas vaksin fasa pertama. Secara automatik juga kami jadi antara penerima vaksin yang terawal.
Program kebangsaan bermula pada 25 februari 2021, kami terima dos pertama pada 26 februari.
Waktu itu tak ada siapa pun yang boleh dirujuk melainkan helaian-helaian artikel dan kertas kerja daripada luar. Bukannya boleh nak hello hello pak menteri tanya ada side effect ke tidak pun kan sehari selepas mereka terima vaksin.
Nak kata tak skeptikal tu tipulah. Rata-rata petugas kesihatan masa itu mengambil langkah untuk...tengoklah dulu, biarlah orang lain ambil dulu, tengok macam mana.
Saya ada terfikir macam tu juga, tapi bila fikir lagi dan selam lebih dalam—its okay untuk orang lain pergi dulu, tapi bukan diri kita sendiri?
Macam tak berapa kena. Kan?
Dos 1:
kesan tak terasa sangat. Cuma sedikit letih. Pada hari yang sama juga arwah atuk meninggal dunia, maka dalam keadaan yang rushing nak balik kampung dengan adrenaline rush, tak terasa sangat side effectnya.
Dos 2:
Ingat ya, kami tak ada sesiapa nak dirujuk kerana kami batch pertama yang terima di hospital itu. Tak tahu nak expect apa.
Balik petang itu terasa mengantuk dan penat amat. Esok paginya rasa badan tak larat betul. Golek-golek atas katil.
Kemudian ada mesej masuk dalam group petugas.
"Korang ok ke lepas 2nd dose?"
Lepas tu berderu-deru balasan masuk menceritakan apa yang masing-masing alami. Kelakar pun ada juga.
Kebanyakannya demam, sakit badan atau letih. Ada yang teruk sikit sampai bengkak kelenjar ketiaknya. Kasihan. Tapi alhamdulillah tak ada yang berlarutan. Dalam sehari dua surut semula.
Ada juga yang biasa-biasa saja. Iri hati betulll.
_
Mungkin
Vaksin itu hoax.
Mungkin
Vaksin itu ada benda-benda tak elok memudaratkan seperti yang dicanang.
Katanya kuasa Allah lebih besar daripada Covid.
Logik yang sama, maka kuasa Allah lebih tinggi daripada vaksin. Maka mintalah saja pelindungan daripada yang tak elok, moga diizinkan kesan-kesan yang elok saja.
Kan?
Yang tak mahu terima, kita tak paksa teruk sampai letak parang kat leher pun. Tapi tak usahlah perlekehkan mereka yang ambil keputusan untuk terima.
Ada antara penerima yang istikharah dahulu sebelum membuat keputusan—dan jawapan yang mereka dapat adalah untuk ambil vaksin itu.
Maka adakah tindakan yang memperlekehkan itu lebih superior daripada jawapan yang telah Allah beri pada individu itu? Ada dapat greenlight untuk perlekehkan ke?
Dan, mungkin ada juga yang terima jawapan untuk tidak ambil. Maka itu jawapan yang mereka pegang.
Apa-apapun, mintalah petunjuk sebelum buat keputusan, dan bukan ikut-ikutan. Dan jawapan yang diterima, tak semestinya sama dengan orang lain.
Wallahua'lam.
Jaga diri—untuk keselamatan diri dan keselamatan orang lain.
Comments
Post a Comment