Oktober. Bulan Kesedaran Kanser Payudara
Kalau sebut tentang bulan Oktober, secara amnya yang terbayang pada kita biasanya lagu ‘Tragedi Oktober’, kan? Tapi sebenarnya bulan Oktober ni ada menyimpan istimewanya yang tersendiri.
.
.
Bulan Oktober, pada setiap tahun telah dipilih sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Peringkat antarabangsa.
.
.
Tujuannya adalah untuk mengajak orang ramai supaya lebih peka dengan kanser menjadi igauan ngeri setiap perempuan.
.
.
Kalau perasan, KKM, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, NGOs dan badan-badan berkaitan memang all out organize aktiviti-aktiviti yang berkaitan untuk beri kesedaran pada orang ramai dan support kepada pesakit.
.
.
The activities boleh jadi dalam bentuk ceramah, saringan mammogram secara percuma, pameran. Ada juga yang anjurkan Pink October Run/Marathon. Jualan amal. Stuff like that.
.
.
Kalau korang perasan la.
.
.
.
.
Saya teringat nak menulis tentang ni sebab seorang pesakit yang datang untuk ultrasound payudara tempoh hari.
.
.
Jeling sekilas pada borang tentang indikasi untuk ultrasound then buat je macam biasa. Tak berapa nak ada perasaan sangat.
.
.
Tapi lepas beberapa minit, saya perasan yang wajahnya sugul sekali. Dahinya ada beberapa lipatan kerisauan.
.
.
“Aunty risau ke?”
.
.
Dia pandang saya. Angguk.
.
.
Saya baca kembali borang pesakit. Dengan lebih teliti. Saya toleh semula pada dia.
.
.
“Aunty pergi buat mammogram kat private ya? Yang free tu?”
.
.
**Kementerian Wanita, melalui LPPKN ada beri subsidi untuk wanita buat saringan mammo percuma di pusat mammogram tertentu tau.**
.
.
Dia mengangguk lagi. “Saya saja je pergi check. Sebab dah free kan. Lepas tu terjumpa ketul kat breast. Diorang cucuk ambil sample, kata ada kanser.”
.
.
“Sebelum ni memang tak ada rasa lah ya?”
.
.
Dia geleng. “Memang ada ya ketul tu doktor?”
.
.
Ya. Memang ada ketul pada payudaranya. Yang punya ciri-ciri yang mencurigakan dalam ultrasound. .
Ya, mungkin dia ada terfikir, kalaulah dia tak pergi saringan mammogram tu kan bagus. Mesti dia boleh senyum-senyum lagi hari ni.
.
.
Tapi, betul ke macam tu?
.
.
Dari sudut pandangan kami di kesihatan, dia bertuah sebab kemungkinan lump tu dikesan pada peringkat awal. Dan mungkin belum merebak ke mana-mana bahagian badan lagi.
.
.
Bayangkan ya
.
.
Kalau dia tak tergerak hati hendak buat saringan mammo. Maka tak terjumpa ketul itu. Dan dia pun tak perasan wujudnya ketul itu. Makin lama ketul itu makin besar mungkin? Dan mula makan tisu sekeliling, menyebarkan sel-sel malignant ke organ lain. Breast cancer ni antara yang jahat tau.
.
.
And by the time dia datang untuk dapatkan rawatan, dah stage 4. Dah tak banyak pilihan rawatan yang boleh dibuat. Kos rawatan yang ditanggung (persendirian atau kerajaan) makin banyak kerana dah mula banyak komplikasi. Masa tu tak tahu celah mana boleh selit senyum lagi.
.
.
Okey, bayangan tamat.
.
.
So kita sebagai girls ni, apa yang kita boleh buat untuk cuba kesan penyakit seumpama ni di peringkat awal?
.
.
1. Rajin-rajin buat pemeriksaan sendiri payudara, sekali dalam sebulan. Masa yang terbaik adalah selepas beberapa hari habis period.
.
.
2. Peka dengan tanda-tanda macam:
- Ketumbuhan/ketulan di payudara
- Sakit pada payudara yang berterusan
- Ada something yang tak normal keluar daripada nipple – macam discharge yang tak normal, bercampur darah or nanah
- Perubahan pada kulit, bentuk atau saiz payudara
- Nipple tenggelam ke dalam dengan tak semena-mena
.
- Ketumbuhan/ketulan di payudara
- Sakit pada payudara yang berterusan
- Ada something yang tak normal keluar daripada nipple – macam discharge yang tak normal, bercampur darah or nanah
- Perubahan pada kulit, bentuk atau saiz payudara
- Nipple tenggelam ke dalam dengan tak semena-mena
.
Kalau ada, dapatkan rawatan dengan segera untuk dapatkan kepastian kenapa ada tanda-tanda tu.
.
.
3. Kalau umur dah mencecah 40-an, jejakkanlah kaki ke mana-mana pusat mammo untuk buat saringan.
.
.
Kalau ada ahli keluarga perempuan yang umurnya mencecah 40-an juga, kita ingatkan mereka.
.
.
Atau kalau korang ada sejarah keluarga yang ada kanser payudara, nak buat screening lagi awal pun tak apa. Sebabnya, sekarang ni, umur 20-an pun kanser boleh ada. Tak mengenal usia.
.
.
Kesimpulannya, pemeriksaan awal itu penting.
.
.
.
Kesimpulannya, pemeriksaan awal itu penting.
.
Oh ya, orang lelaki pun, kalau ada tanda-tanda yang tak menyenangkan pada area situ, lupakan saja malu itu. Breast cancer, although kecil percentagenya, can affect men too.
.
.
.
.
Aima Hassan
#SHARE andai ada manfaat yang anda dapat.
#SHARE andai ada manfaat yang anda dapat.
.
Comments
Post a Comment