Sering sakit bahagian belakang tengkuk? Mungkin ini sebabnya.
Tempoh hari, tiba-tiba sahaja bahagian belakang leher saya di sebelah kiri terasa sakit. Makin lama makin kuat sakitnya. Dah segala jenis minyak, dah diurut oleh Enche Goblin (which was sangat sakit okey), tapi masih tak hilang sakitnya. Nak pusing kepala pun kena pusing badan sekali.
.
Petang hari kedua sakitnya naik ke kepala hingga rasa loya dan hendak muntah. Telan dua biji paracetamol. Lega teramat.
.
Tapi sakitnya masih ada lagi. Pergerakan leher sudah makin bebas, tapi masih terbatas. Lalu saya membuat keputusan untuk membuat temujanji dengan teman saya, ahli fisioterapi yang otai.
.
Selepas diasak dengan soalan bertalu-talu, dan disuruh membuat gerakan bahu gaya penuh ewah-ewah, ahli fisio saya menuturkan sebaris ayat,
.
"Kau ada upper trap spasm ni."
.
"Hah? Apa trap?" Otak cuba mencerna apa yang didengar telinga.
.
"Upper trap."
.
"Apa trap? Trap...apa?"
.
"Upper trapezius laaaa—"
.
"Oh. Mana lah aku nak tahu terminologi orang-orang fisio ni," saya sengih.
.
Sering sakit bahagian belakang tengkuk? Mungkin ini sebabnya.
Trapezius adalah sejenis otot yang menyelimuti bahagian leher, bahu dan belakang, di sebelah kiri dan kanan. Bergantung kepada unjuran fiber dan fungsinya, ia terbahagi kepada tiga — superior/upper (atas), middle (tengah) dan inferior (bawah).
.
Sering sakit bahagian belakang tengkuk? Mungkin ini sebabnya. Gambar: Physiopedia |
Sakit bahagian belakang leher biasanya dikaitkan dengan kekejangan (spasm) pada bahagian atas otot trapezius. Hence the name upper trapezius spasm.
.
Sering sakit bahagian belakang tengkuk? Mungkin ini sebabnya. Gambar: Google |
Antara punca yang biasa dikaitkan dengan upper trap spasm antaranya:
1. Postur
Paling selalu terkesan adalah pekerja pejabat yang aktivitinya banyak perlukan mereka untuk berdiri atau duduk untuk jangka waktu yang panjang. Kadang postur kita tak betul, dan sikit demi sikit ia akan menambahkan stress pada otot trapezius.
.
2. Tekanan secara langsung ke atas otot.
Contoh macam bawa handbag atau backpack yang berat. Atau tali bra yang terlalu ketat.
.
3. Kecederaan pada otot
Boleh jadi secara langsung (benda terhempap di atas bahu/belakang) atau tidak langsung (leher tersentap ketika brek mengejut)
.
Apa yang boleh dibuat bila didapati ada upper trap spasm ni?
.
Kurangkan pergerakan/aktiviti yang melibatkan otot trapezius.
Firstly sebab memang sakit ok kalau nak gerakkan masa tengah sakit tu. Secondly, sebab nak kurangkan strain pada otot tersebut.
.
Tuam
Boleh pilih sama ada nak guna tuaman yang panas atau gunakan ais. Kedua-duanya akan ada kesan yang sama iaitu kurangkan sakit.
.
Senaman atau urutan ringan
Boleh dapatkan nasihat doktor atau ahli fisio yang mengendalikan kes korang. Saya personally prefer ahli fisio sebab diorang sangatlah arif dengan otot sendi manusia dan fungsinya, dan lebih tahu jenis senaman dan urutan bagaimana yang sesuai.
.
Senaman: Upper trap stretch Gambar: Google |
Senaman: Combined movement/Levator scapula stretch Gambar: Google |
Ubat tahan sakit—makan atau sapuan
Kalau dah sakitnya itu sampai mengganggu hidup sehari-hari, saya memang akan pilih untuk ambil ubat tahan sakit. Untuk saya, paracetamol pun dah cukup berkesan. Secara amnya ia selamat dan ia adalah pilihan analgesik yang paling awal patut diambil. Tapi kalau ada alahan pada ubat-ubat tertentu, janganlah pula diambil ubat itu.
.
Ubat sapuan pula ada banyak jenis, daripada ubat farmasi, sehinggalah kepada home remedy dan bahan semula jadi. Whatever works, I guess.
.
Rawatan yang diberi kepada saya adalah
— warm compression (tuaman hangat)
— myofascial release, MFR. Atau dalam bahasa pasarnya adalah urutan. 'Urutan' dalam fisioterapi ada pelbagai, MFR ni salah satu daripadanya. Ah-ha~
.
Ada tambahan lagi
.
Oleh kerana saya nak kena drive jauh keesokan harinya, teman saya cadangkan untuk letakkan pita kinesiologi (kinesio tape)—sejenis plaster berpelekat untuk mengawal gerakan dan kurangkan rasa sakit pada leher/belakang. Alah, macam yang atlit selalu pakai tu. Sangat-sangat membantu.
Kinesiology taping Gambar: Google |
.
NB:
Walaupun punca biasa sakit bahagian belakang leher itu disebabkan kekejangan pada otot trapezius, ada banyak lagi punca lain yang mungkin ada simptom yang sama. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan yang lebih pakar, supaya rawatan yang bertepatan dapat diberikan.
.
Sore ja mata ne~❤️
suami ada kena baru ni.. last sekali tuam dengan ais.. alhamdulillah lega,,,
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteBiasa jadi kat kita kita ni
Huwaaa. Sedang menanggung rasa sakit itu. Semalam dah urut. Berkurang sedikit. Bangun pagi ni masih terasa sakit. ��
ReplyDeleteSy pun tengah menanggung sakit ni bru jd pagi semalam. Sakit sebelah tepi tengkuk kiri dan sekali sekala akn rs mcm tersentap
ReplyDeleteHari ni hari ketiga kena benda ni. pagi tadi dah mandi air suam but still tak hilang lagi.
ReplyDeleteSedang mengalaminga..sda urut pun masih sakit brdenyut2....
ReplyDeleteorang tua2 ckp darah tinggi.....saya tgh sakit la ni....lenguh yg amat....
ReplyDelete