Kami terpaksa balik, tak cukup duit!

Hari Jumaat bilik ultrasound tutup jam 1215pm. Buka balik jam 245pm.
.

Jam 1205pm. Ada dua orang perempuan muda jenguk muka ke bilik ultrasound. Gaya macam patient. Hulur borang pada kakak misi.
.

Kami perhati dari jauh.
.

"Kenapa lambat?" Kakak misi tanya.
.

Waktu yang ada pada borangnya—awal sejam dua daripada waktu dia sampai. Ketat juga dalam hati ni. Hidung pun hampir keluar asap.
.

Lepas tu
.

Salah seorang perempuan itu bersuara.
Dengan loghat seberang.
Sila baca dengan gaya dalam sinetron.
.

"Kami dah sampai tadi.
Tapi tak cukup duit mau bayar di kaunter.
Mesin ATM rosak.
Jadinya kami kena balik rumah nak ambil duit, lepas tu baru datang sini semula."
.

Kalau ada lah bara rasa nak marah tadi
Terus hilang dalam bagai ditimpa seleji
Ganti dengan rasa simpati tak sampai hati
.

Misi pandang kami, minta keputusan
Nak buat apa—tukar tarikh atau buat saja?
Dan kami kata
— kita buat petang nanti jam dua empat puluh lima.
Dia setuju, nampak lega.
.
.
.
.
Foreigners di hospital gomen
Untuk ultrasound patient tu saja, dah 140 ringgit malaysia
Baru ultrasound bahagian kecil, kalau bahagian besar dah berapa
Kalau CT scan dan MRI lagi berganda
Belum lagi yang kena masuk OT semua
.

Sedang kita
Warganegara datang lenggang saja
Tak perlu fikir nak keluar duit untuk belanja
Kalau ada pun kena bayar tak banyak mana
.
.
Walau kena tunggu lama, sabarlah
Walau tak selesa, sabarlah
Untuk servis yang hampir tak perlu bayar,
Kita dah dapat banyak sangat sebenarnya
.

Jangan sampai bila nikmat tu diambil  semula
Baru kita nak teringat waktu dulukala
Yang mana pernah kita nikmati banyak benda yang diberi percuma
Nanti hanya mampu kita kenang sambil renung luar jendela
.
.

Aima Hassan
Belajar untuk merasa cukup

Comments

  1. Bersyukur lah Kan.. jgn pandang negatif Dan menganjalkan segalanya x cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kadang kita ambil mudah sebab kita ada kemudahan itu.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts