Siapa Ketua Menteri Melaka Yang Baru?
Saya bukan asalnya dari Melaka tapi pernah belajar di Melaka selama dua tahun setengah, dan selepas berkhidmat di Kuala Lumpur selama 2 tahun, saya sambung perkhidmatan di Melaka juga. Dan selama saya berada di Melaka, sempat berada di bawah dua Ketua Menteri, Tan Sri Ali Rustam dan Datuk Seri Idris Haron. Kedua-duanya daripada Barisan Nasional.
Ikut sumber media, setakat hari ini, siapa yang bakal jadi Ketua Menteri Melaka masih dibincangkan oleh parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan. Setiap parti dalam Pakatan Harapan akan kemukakan calon-calon mereka. Dan bila sudah muktamad, Pengerusi PKR sendiri akan menghadap Yang Dipertua Negeri untuk memaklumkan keputusan mereka.
Siapa Ketua Menteri Melaka Yang Baru?
Hasil PRU 14 semalam, rakyat Melaka telah memilih tampuk kepimpinan baru daripada Pakatan Harapan. PH Melaka berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah apabila memenangi 15 daripada 28 kerusi DUN. Maksudnya, Melaka akan dapat Ketua Menteri baru, yang bukan dari BN. Mungkin kali pertama agaknya ya.
Siapa Ketua Menteri Melaka Yang Baru? Sumber gambar - malaymail |
Ikut sumber media, setakat hari ini, siapa yang bakal jadi Ketua Menteri Melaka masih dibincangkan oleh parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan. Setiap parti dalam Pakatan Harapan akan kemukakan calon-calon mereka. Dan bila sudah muktamad, Pengerusi PKR sendiri akan menghadap Yang Dipertua Negeri untuk memaklumkan keputusan mereka.
Secara peribadi, saya tak kisah lah siapa yang bakal naik jadi Ketua Menteri, asalkan dia dapat menjaga kebajikan rakyat dan menunaikan janji yang ditanam ketika berkempen dulu. Itu saja yang rakyat minta. Semoga suara mereka yang selamat ini tak didengari, dapat sampai ke telinga yang memerintah dan menerima bantuan yang selayaknya.
Semoga peralihan kuasa berlansung dengan damai.
Semoga Allah mudahkan.
Comments
Post a Comment