Posts

Showing posts from July, 2018

KENCING MANIS NI MACAM ANAI-ANAI!

"Kencing manis ni, macam anai-anai!" . Hm? Saya melarikan mata daripada skrin mesin ultrasound. Macam mana pula tu? . Pakcik yang sedang saya scan kakinya itu seolah faham soalan tanpa suara saya. Dia menjawab," Ye lah. Anai-anaikan perlahan-lahan dia makan rumah kita sampai sudahnya semua rosak." . "Kencing manis, macam itu jugalah. Perlahan-lahan dia makan buah pinggang, mata, saraf kita," pakcik itu menyambung. . Betul juga perumpamaan macam tu. Awalnya dulu sekadar tahap gula yang tinggi dalam darah saja, kita pun tak berapa kisah. Ambil ringan saja. Lama-lama tanpa sedar mata mula tak nampak, fungsi buah pinggang mula merosot, hilang deria sentuh dan sebagainya. . Waktu itu dah terlambat hendak pulih ke asal semula. 'Rumah' tempat roh kita duduki dah pun rosak oleh 'anai-anai'. . Saya mengintai ke arah kedua-dua belah kaki pakcik. Kulit pada kaki (foot) sudah mula berubah kepada warna yang gelap s...

KAWAN BERI VIRUS HIV—DAN DIA LARI

Handsome. Mata redup saja. Kalau umur sebaya sama sekolah ni mesti dah jadi halwa mata setiap hari. . Tubuhnya menggigil— kerana demam, dan kerana bilik ultrasound tu memang sejuk. Tapi digigihkan juga untuk angkat tangan ke atas untuk memudahkan saya memeriksa. . "Lama dah ke sakit?" . Mata bundarnya tenang pandang saya. "Lama juga, sebelum puasa lagi." . Pada monitor ultrasound, hatinya (read : liver) terdapat beberapa tompok, besar juga. Yang kemungkinan besar adalah nanah. . Aduh kasihan, adik. . Katanya, awal dulu dia demam berpanjangan. Kemudian mula batuk. Dan mula lah macam-macam jenis jangkitan kuman. Tuberkulosis (TB) pada paru-paru, di otak juga sudah ada kuman menumpang.  . Dia belum cecah 20 tahun juga. Sudah ada penyakit AIDS yang advanced. Sistem pertahanan badan dah mula gagal.  . "Dapat sakit ni dari siapa?" . Matanya membulat. "Akak tahu saya ada HIV?" . Saya angguk...