KAWAN BERI VIRUS HIV—DAN DIA LARI

Handsome. Mata redup saja.
Kalau umur sebaya sama sekolah ni mesti dah jadi halwa mata setiap hari.
.

Tubuhnya menggigil— kerana demam, dan kerana bilik ultrasound tu memang sejuk. Tapi digigihkan juga untuk angkat tangan ke atas untuk memudahkan saya memeriksa.
.

"Lama dah ke sakit?"
.

Mata bundarnya tenang pandang saya. "Lama juga, sebelum puasa lagi."
.

Pada monitor ultrasound, hatinya (read : liver) terdapat beberapa tompok, besar juga. Yang kemungkinan besar adalah nanah.
.

Aduh kasihan, adik.
.

Katanya, awal dulu dia demam berpanjangan. Kemudian mula batuk. Dan mula lah macam-macam jenis jangkitan kuman. Tuberkulosis (TB) pada paru-paru, di otak juga sudah ada kuman menumpang. 
.

Dia belum cecah 20 tahun juga. Sudah ada penyakit AIDS yang advanced. Sistem pertahanan badan dah mula gagal. 
.

"Dapat sakit ni dari siapa?"
.

Matanya membulat. "Akak tahu saya ada HIV?"
.

Saya angguk.
.

"Ibu tahu. Ayah tahu. Adik beradik pun tahu." Melencong sedikit jawapan dia.
.

"Diorang masih ada dengan awak?"
.

Giliran dia angguk.
.

"Dapat sakit ni dari kawan ke?"
.

Dia angguk lagi. 
.

"Kawan tu macam mana? Sakit juga ke, masih sihat lagi?"
.

"Kawan dah lari."
.

Luluh jantung dengar. Sambil tahan perasaan, sambil scan, saya kata "Kadang, Allah beri ujian macam ni, nak tunjuk kat kita siapa yang akan ada dengan kita masa kita susah. Alhamdulillah, syukur  family masih ada dengan awak, kan?"
.

Angguk sekali lagi. Matanya kosong memandang ke siling. 
.

"Saya baru 19 tahun, doktor."
.
.


.

Comments

  1. Allahu. Sedih mendengar. Semoga adik tu tabah dan diberi kekuatan. Zaman skrg memang kena pilih kawan dengan berhati2. Ramai yg nak jatuhkan kita dari nak sama2 berjaya. Semoga kita dijauhkan dari perkara sedemikian.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts