KITA BERI POWER KEPADA MEREKA YANG TAK SEPATUTNYA



Nama Voldemort seolah-olah taboo/pantang untuk disebut oleh komuniti wizards dan witches dalam cerita Harry Potter.

Mungkin kerana takut.
Mungkin tak mahu Voldemort semakin berkuasa bila disebut namanya.

Sebagai ganti namanya akan disebut sebagai You-Know-Who ataupun He Who Must Not Be Named.

Tapi Albus Dumbledore galakkan untuk sebut nama Voldemort, supaya tidak timbul rasa takut itu. Makin rasa takut, makin secara tak sedar beri kuasa pada dia.
.
.
Sama juga bila kita manusia tengah struggle dengan bad habits. Atau tengah nak tinggalkan dosa perlahan-lahan.

Kadang yang lalu di hati tu adalah semacam; 

"Kuat sangat godaan syaitan ni."
"Ni semua salah Netflix/video games. Aitakkuad nak lawan."

Perasan tak? 
Saya tau saya pernah terlintas macam tu.

Soalan yang kena ditanya pada diri—kenapa kita beri banyak sangat power pada mereka?

Rasa berat nak bangun solat, instead of sebut 'kuatnya syaitan yang halang kita nak gerak'—cuba kita tukar kepada 'Ya Allah, lindungi kami daripada godaan syaitan yang menyesatkan.'

Ataupun

Bila tengah nak berjimat cermat.
"Ya Allah, lindungi kami daripada terbeli daripada jualan murah di lazada shopee dll."

Gituu.
Contohnya lah.

Jadinya power itu kita letak pada Allah Bukan pada anasir-anasir yang cuba halang kita daripada buat benda baik.

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kebingungan dan kesedihan.
Aku berlindung kepada-Mu dari ketidakberdayaan dan kemalasan. Aku berlindung kepada-Mu dari kepengecutan dan kekikiran.
Aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan penindasan orang”.

Salah satu cara usaha. Mudah-mudahan. Kita coba sama-sama. 

Comments

Popular Posts