Posts

Showing posts from July, 2019

Take A Break, and Breathe

Image
Ada masa dunia dan masa berlalu Terasa pantas hingga sekeliling nampak samar-samar Rasa hilang, rasa kelam Ambil sedikit masa, perlahankan langkah Tebarkan pandangan, lihat sekeliling Letakkan pandangan pada satu titik Lalu terangkat hijab Terlihat perkara yang selama ini ada di depan, tapi tak kita peduli

Larian Jarak Jauh vs Lari Pecut

Image
Kembara mencari Allah itu adalah seperti larian jarak jauh. Letih itu pasti ada, namun terus istiqamah untuk sampai ke garisan penamat.  Nak lari pecut- boleh. Tapi takut pula nanti tak sampai berapa jauh jaraknya, jadi senak perut cramp kaki pancit pula tak berdaya nak bangun semula. Daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:  “Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu.  Amalan paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).  “Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus.  Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.”

Jadi Doktor Bukan Sekadar Nak Ubatkan Orang Saja

Image
Salah seorang bos waktu saya masih seorang houseman bilis pernah beritahu, "Korang jadi houseman ni, bukan kena tahu pasal clerking (temuramah) patient, indent ubat je. Kena tau juga benda-benda macam nak handle katil..." Dia bergerak ke salah sebuah katil. "...macam katil ni kan, korang kena ambil tahu nak naik turunkan katil, macam mana nak naikkan bahagian kepala, nak turunkan pagar. Setiap jenis katil,lain caranya." Saya terima kerana dia bukan sekadar bercakap saja.  Ada satu ketika waktu saya tengah terkial-kial nak cari tuil untuk turunkan bahagian kepala katil pesakit, dia dengan cekapnya ambil alih tugas itu. Sambil kata, "Kan aku dah pesan dulu?" Bengkak pula rasa hati ni. Ya, memang nasihat itu melekat dalam kepala walaupun dah lama benda tu berlalu. Mungkin banyak lagi benda yang saya tak tahu. Tapi yang penting sekarang ni saya dah tahu cara nak tarik langsir degil yang asyik tersangkut kat bilik ...