Larian Jarak Jauh vs Lari Pecut
Kembara mencari Allah itu adalah seperti larian jarak jauh. Letih itu pasti ada, namun terus istiqamah untuk sampai ke garisan penamat.
Nak lari pecut- boleh. Tapi takut pula nanti tak sampai berapa jauh jaraknya, jadi senak perut cramp kaki pancit pula tak berdaya nak bangun semula.
Daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu.
Amalan paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus.
Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.”
Comments
Post a Comment