Jadi Doktor Bukan Sekadar Nak Ubatkan Orang Saja
Salah seorang bos waktu saya masih seorang houseman bilis pernah beritahu,
"Korang jadi houseman ni, bukan kena tahu pasal clerking (temuramah) patient, indent ubat je. Kena tau juga benda-benda macam nak handle katil..."
Dia bergerak ke salah sebuah katil.
"...macam katil ni kan, korang kena ambil tahu nak naik turunkan katil, macam mana nak naikkan bahagian kepala, nak turunkan pagar. Setiap jenis katil,lain caranya."
Saya terima kerana dia bukan sekadar bercakap saja.
Ada satu ketika waktu saya tengah terkial-kial nak cari tuil untuk turunkan bahagian kepala katil pesakit, dia dengan cekapnya ambil alih tugas itu.
Sambil kata,
"Kan aku dah pesan dulu?"
Bengkak pula rasa hati ni.
Ya, memang nasihat itu melekat dalam kepala walaupun dah lama benda tu berlalu.
Mungkin banyak lagi benda yang saya tak tahu.
Tapi yang penting sekarang ni saya dah tahu cara nak tarik langsir degil yang asyik tersangkut kat bilik ultrasound tu.
***Houseman adalah jawatan yang dipegang oleh doktor ketika mula bekerja untuk 2 tahun pertama.
Comments
Post a Comment