Review Hospital Playlist 2: Episod 9
Ada teman minta review #hospitalplaylist2 episod 10 walaupun dia sendiri dah tengok pun.
Boleh, boleh.
Tapi saya nak cerita pasal episod 9 dululah sebab rasa cambest juga episod itu.
Temanya saya rasa—setiap jabatan dalam hospital bergantung antara satu sama lain.
Lazimnya, setiap pesakit akan diletakkan di bawah penjagaan satu primary team (jabatan utama).
Kebanyakan pesakit akan paling ingat doktor dari primary team, sebab memang hari-hari muka mereka je yang akan muncul kat katil.
So naturally, rasa berterima kasih itu akan ditujukan kepada mereka yang nampak di depan matalah kan. Logiklah itu.
Tapi kena ingat juga kebanyakan masa, proses rawatan pesakit itu biasanya akan melibatkan lebih daripada satu jabatan dan bukan hanya doktor sahaja.
*Jae Hak bertanya kepada Jun Wan, apakah saat yang paling kritikal ketika menguruskan pesakit mereka yang mengalami kecederaan teruk pada dada dan abdomen. Adakah saat mereka explore bahagian dada dalam OT?
Kata Jun Wan, kalau dia boleh pilih—dia akan pilih saat patient sedang tak stabil di ED. Betapa staf ED waktu itu bertungkus lumus untuk naikkan tekanan darah dan stabilkan keadaan pesakit supaya pesakit boleh dihantar ke dewan bedah.
Tapi waktu tu patient tak sedar pun kan, mana dia nak tahu apa yang sedang berlaku.
*Ketika ibu bapa seorang bayi mengucapkan terima kasih kepada Jeong Won, dia kata sebenarnya nurses yang banyak main peranan penting dalam baby care sepanjang hari—dia hanya datang ketika rounds sahaja.
* Walaupun Ik Jun yang melakukan pembedahan pemindahan hati, dia masih memerlukan bantuan Dr Shin daripada Radiologi untuk buatkan ultrasound dalam bilik bedah untuk pastikan saluran darah yang disambung itu berfungsi.
Tapi pesakit tak akan tahu perkara itu.
–
Other moments yang saya suka:
- Ik Jun dan Ik Sun rapping di meja makan sambil menari. Omo, sedapnya suara Ik Sun.
- Pertandingan ping pong antara jabatan. Ni kira macam kali pertama juga diorang tunjukkan yang rupanya banyak department dalam hospital tu haa.
- Ik Jun busy body jadi cupid untuk Jun Wan dan Ik Sun. Lol.
Okey sekian.
Nanti nak draf untuk episod 10 pula.
antara fav kdrama Kekja! best kan HP ni sebab cara diorang release tension tu best! menyanyi hehehe Kekja bawa something ni, jemput join tauu https://www.faezahmdnor.com/2024/08/awden-giveaway-by-faezah-mdnor.html
ReplyDelete