TIPS NAK CEPAT HILANGKAN MARAH

Tips nak cepat hilangkan marah| Ada beberapa teman yang komen yang saya ini kuat sabar, selalu berfikir yang baik-baik, tak cepat marah.

Betapa salahnya mereka itu. 

I am one of those persons yang senang gila nak putus fius bila marah. Yang bila marah atau tak suka tu, memang terpampang habis kat muka. Tapi bila dah berusia dan fikir balik, tak banyak baiknya pun bila kita meletup dan lepaskan marah tu.

Satu yang baik adalah, apa yang terbuku kat dalam dah bebas keluar.
Cuma collateral damage pada orang keliling tu, kadang buat keadaan jadi awkward selepas tu.

Apa yang saya selalu buat,
Tarik nafas. Dalam kepala kira sampai lima, at least.
Bayangkan kita di tempat punca yang buat kita marah tu. 
Standing in their shoes. 
Senaraikan sebab/alasan kenapa diorang buat or terbuat macam tu.


Dalam keadaan biasa, boleh la sedikit terpujuk hati tu. Bolehlah nak berurusan dengan orang yang buat kita marah tu dengan lebih berdiplomasi.

Tapi ada masanya rasa marah tu datang dengan daya yang kuat sekali sampai kita tak boleh nak kawal. Bila korang perasan datangnya perasaan macam ni, cepat-cepatlah pergi asingkan diri.

Tak kisah lah nak duduk dalam toilet ke, masuk bilik ke, mandi ke, ambil wuduk dan solat ke, baling barang sendiri ke. 

Kadang-kadang, apa yang buat kita marah adalah apabila ada pihak ketiga haramkan benda yang kita selalu buat.
Cuba bayangkan kita berada kat pihak yang terjejas dengan benda yang kita selalu buat tu. 

Contoh.
Kita marah gila sebab tak boleh guna penyedut minuman dah. 
Macam mana nak sedut air sejuk kan dah tak ada straw nanti bersepah habis tumpah la menjejeh minum.
Kan kan kan?
.

So, kita cuba buat ni
.

'Bayangkan anda seekor PENYU/ IKAN/ HAIWAN LAUT.
Tuliskan sebuah karangan menceritakan pengalaman anda termakan penyedut minuman kerana menyangka ia makanan.'
Tidak kurang dari 80 patah perkataan.
.



Kalau difikir-fikirkan kan.
Hidupan laut tu ada setiap sebab dalam dunia ni nak marah kat kita manusia.
Tapi diorang teruskan je hidup, sesuaikan diri dengan perubahan. Dan kadang hilang nyawa disebabkan itu.

Kita yang selalu lupa, yang manusia ini Allah jadikan sebagai khalifah. Allah beri tugas untuk tadbir kerajaan alam, bukan semata tadbir kerajaan manusia.
.
.

Aima Hassan

Comments

  1. Serius sentap bab karangan "saya seekor penyu" huhu~
    Kadang kita selalu terlupa untuk fikir jika kita berada di tempat pihak lain, termasuklah haiwan. Insoff~

    ReplyDelete
  2. Nice sharing... Baca taawuz .. Dna tarik nafas dalam2... Insha Allah reda sikit rasa nak marah tu...

    ReplyDelete
  3. good sharing..akak pun selalu juga bila duk diam tu fikir kenapa terjadi..cuba utk tidak marah

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang bagus... bab penyu tu tak terfikir pula... hihihi...

    ReplyDelete
  5. semoga kita bukan tergolong dari cepat amarah

    ReplyDelete
  6. selalunya. mak tinggalkan. and terus tidur. HAHAHA

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts