Cekma Friday Reflection


Once in a while, Cekma akan get into venting mode dengan seorang teman. Through texting, sebab tak semudah dulu nak duduk mengopi.
.

Nothing much.
Cekma akan meroyan, lepas tu turn dia meroyan.
Kami akan pujuk sesama sendiri. 
Then kami akan delete conversation and pretend it never happened.
.

Ia adalah ruang yang selamat di mana kitorang boleh cakap apa saja tanpa ada judgement. 
Dan seolah perjanjian tanpa tulis dan lisan yang benda yang diroyankan itu was just that— royanan semata-mata untuk lepaskan rasa lelah.
.

Satu hari, kami bercakap tentang kadang ada rasa macam tak fair sesuatu tu benda jadi kat kita. Dia macam kenapa series of unfortunate events ni jadi kat kita ek? Kita tak exactly jahat sangat. Kita tak buat jahat kat orang pun.
.

Adakah sebab kita tak cukup redha dengan apa-apa yang dah jadi sebab tu Allah uji lagi?
.

Then, it clicked.
.

"Mungkin apa yang kita panggil 'series of unfortunate events' tu adalah jawapan pada apa yang kita minta. You know, kita minta belajar untuk redha, untuk jadi lagi sabar, to be better. So He sent this small tribulations untuk bantu kita achieve apa yang kita nak."
.

Bila difikir-fikir balik, mungkin itulah jawapan nya kan?
Learning tools yang Allah hantar tak semestinya datang dalam bentuk yang baik dan tenang saja.
.

I mean, macam mana kita nak belajar redha kalau tak ada benda yang unpleasant jadi kat kita? Kita tak akan belajar redha dengan setakat tengok orang lain redha right?
.

Macam mana nak belajar sabar kalau Allah tak hantar tools untuk rasa sabar itu kita pupuk? 
.

Macam mana nak jadi lebih baik kalau tak diberi situasi di mana we have to make a choice to be a better person?
.

Bayangkan kalau Ron 5kg itu sejenis yang baik penuh takwa tak berak merata, boleh ke Cekma nak claim yang Cekma ni penyabar bila handle kucing? Kena la diuji dengan sofa penuh cakaran, disembur dengan kencing, terpijak tahi cair atas karpet. 
.

Fuh. 
.

Jadinya from now on, let us try untuk tak meloncat sangat bila terjadi benda di luar kemahuan sendiri, atau benda jadi tak ikut plan. And hopefully Allah buka mata dan hati untuk tengok apa yang Dia nak ajar kita. 
.

“…But they plan, and Allah plans. And Allah is the best of planners.” [8:30]
.

Tapi, sesi venting akan tetap berjalan juga, cause we are only humans after all. Yang penting adalah apa yang kita dapat belajar daripada sesi-sesi itu, yang boleh bantu kita go through life.
.

Cuba share apa yang biasa korang buat bila nak rasa nak venting a.k.a luah perasaan?

Comments

Popular Posts