Walaupun kecil, jangan disangka tiada apa

Saya cemburu betul pada mereka yang sangat ringan tulang banyak memberi kepada yang memerlukan.

Tak kisah daripada segi harta atau tenaga.
Yang besar hatinya organize charity, uruskan soup kitchen, feeding the homeless, you know that sort of thing

And me?
Admiring from afar, wishing that I could contribute something of the same degree. Mungkin tak akan sama tahap dengan sukarelawan, but you know, at least something.

Yang mampu kadang beri apa yang ada dalam poket kalau ada yang meminta. Kalau tiada apa dalam poket, hanya mampu kirimkan doa. 
Small things.

Still, rasa macam tak cukup baik.

Then I came across this, and I feel sort of better.


Kadang kita kita tak tahu, apa yang kita beri itu mungkin kecil sangat nilainya dan tak terbanding melalui mata kasar dengan sumbangan orang lain.

Tapi untuk yang menerima itu, mungkin itu rezeki pertama yang dia dapat pada hari itu.

Mungkin kecil yang kita beri itu mencukupkan untuk dia dapatkan apa yang dia mahu pada masa itu.

Mungkin senyum ikhlas yang kita beri, segarkan hati yang sedang sepi.

Who knows?


Comments

Popular Posts