Posts

Showing posts from March, 2019

CREATOR HOTEL, LORONG YANG MALAP DAN SEEKOR RUSA

Image
Nampak rusa tak? CREATOR HOTEL, LORONG YANG MALAP DAN SEEKOR RUSA| Plan lain, jadinya lain. Tapi saya percaya setiap yang Allah tentukan itu sangat pasti lebih baik daripada apa yang kita rancang. Minggu itu ada kursus sehari di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Asalnya saya rancang untuk menumpang tidur di rumah seorang rakan di sana. Entah macam mana, masing-masing terlupa nak update rancangan masing-masing, saya jadi hilang punca tak tahu hendak menginap di mana. Mujur salah seorang teman yang akan pergi ke kursus yang sama dari Melaka tinggal di Kulai. Maka dalam kereta dia yang saya tumpang petang Jumaat itu juga saya membuat keputusan untuk menginap kat mana-manalah hotel yang ada di sana. Baru serabut nak mencari hotel yang nampak boleh dipercayai di sekitar Kulai. Dan teman saya mencadangkan Creator Hotel, sebab ia nampak cantik dari luar. Saya pun setuju saja, terus menempah bilik solo hotel tersebut di Agoda. Melangkah masuk saja ke lobi Creator Hotel, rasa ...

I TAHU APA TAJUK BUKU YANG YOU BACA

Image
"Saya ni, nampak je macam ni. Tapi saya hafal tau tajuk buku yang awak baca," kata suami sambil mendabik dada. "Tajuk je la?" "Ok lah tu." "So, apa tajuk salah satu buku saya?" Diam sebentar. "Gray's Anatomy," suami jawab penuh yakin. Diam sesaat lagi. "Buku anatomi saya Netter's, bukan Gray's," isteri membalas. Sesaat kemudian bergema dalam kereta dengan laungan kecewa kerana tembakan tak mengena. . . Gray's Anatomy adalah tajuk buku ilustrasi anatomi oleh Henry Gray. Tak ada kena mengena kot dengan drama bersiri Grey's Anatomy tu. I TAHU APA TAJUK BUKU YANG YOU BACA Suka juga tengok ilustrasi dia, gaya klasik gitu.  Kolej saya tak guna buku tu, kami guna Netter's Atlas of Human Anatomy. Menarik juga sebab penuh warna. I TAHU APA TAJUK BUKU YANG YOU BACA Buku-buku gini mahal. Sarat dengan ilmu anatomi badan manusia yang Allah cipta. Set...

INI KENA BUATAN ORANG, TAK PAYAH PERGI HOSPITAL!

Image
INI KENA BUATAN ORANG, TAK PAYAH PERGI HOSPITAL INI KENA BUATAN ORANG, TAK PAYAH PERGI HOSPITAL!| Abu memusing stereng kereta memasuki perkarangan rumah. Satu keluhan kecil dilepaskan tanpa dia sedar apabila melihat porch yang dikongsi dengan rumah jirannya gelap sahaja.  Biasanya kalau dia pulang lambat lanjut hingga ke malam, jirannya itu akan tolong bukakan lampu. 'Masih marah agaknya mereka dengan aku,' bisik hatinya. Ada sedikit ralat. Tapi dia tidak menyesal. Tidak lama dahulu Abu didatangi seorang wanita, kita namakan D. D adalah isteri kepada salah seorang ahli keluarga jiran Abu itu, kita namakan B. D telah meminta bantuan Abu. Suami D tak sihat, badannya membengkak dan nafasnya jadi susah. Ahli keluarga yang lain (ie jiran Abu) berpendapat yang B itu terkena buatan orang, dan D adalah orang yang disyaki. Abu rasa pelik. Kalau betul lah D 'membuat' suaminya sendiri, takkan bersusah payah D tebalkan muka untuk meminta bantuan Abu? K...