I TAHU APA TAJUK BUKU YANG YOU BACA

"Saya ni, nampak je macam ni. Tapi saya hafal tau tajuk buku yang awak baca," kata suami sambil mendabik dada.

"Tajuk je la?"

"Ok lah tu."

"So, apa tajuk salah satu buku saya?"

Diam sebentar.

"Gray's Anatomy," suami jawab penuh yakin.

Diam sesaat lagi.

"Buku anatomi saya Netter's, bukan Gray's," isteri membalas.

Sesaat kemudian bergema dalam kereta dengan laungan kecewa kerana tembakan tak mengena.
.
.

Gray's Anatomy adalah tajuk buku ilustrasi anatomi oleh Henry Gray. Tak ada kena mengena kot dengan drama bersiri Grey's Anatomy tu.

I TAHU APA TAJUK BUKU YANG YOU BACA


Suka juga tengok ilustrasi dia, gaya klasik gitu. 

Kolej saya tak guna buku tu, kami guna Netter's Atlas of Human Anatomy. Menarik juga sebab penuh warna.
I TAHU APA TAJUK BUKU YANG YOU BACA


Buku-buku gini mahal. Sarat dengan ilmu anatomi badan manusia yang Allah cipta. Setiap selakan akan rasa SubhanAllah sangat dengan kejadian kita. 
.
.

Comments

Popular Posts