INI KENA BUATAN ORANG, TAK PAYAH PERGI HOSPITAL!

INI KENA BUATAN ORANG, TAK PAYAH PERGI HOSPITAL


INI KENA BUATAN ORANG, TAK PAYAH PERGI HOSPITAL!| Abu memusing stereng kereta memasuki perkarangan rumah. Satu keluhan kecil dilepaskan tanpa dia sedar apabila melihat porch yang dikongsi dengan rumah jirannya gelap sahaja. 

Biasanya kalau dia pulang lambat lanjut hingga ke malam, jirannya itu akan tolong bukakan lampu.

'Masih marah agaknya mereka dengan aku,' bisik hatinya. Ada sedikit ralat. Tapi dia tidak menyesal.

Tidak lama dahulu Abu didatangi seorang wanita, kita namakan D. D adalah isteri kepada salah seorang ahli keluarga jiran Abu itu, kita namakan B.

D telah meminta bantuan Abu. Suami D tak sihat, badannya membengkak dan nafasnya jadi susah. Ahli keluarga yang lain (ie jiran Abu) berpendapat yang B itu terkena buatan orang, dan D adalah orang yang disyaki.

Abu rasa pelik. Kalau betul lah D 'membuat' suaminya sendiri, takkan bersusah payah D tebalkan muka untuk meminta bantuan Abu?

Kerana simpati terhadap D, Abu pun menziarah jirannya itu. Stetoskop dibawa sekali.

Hasil pemeriksaan, Abu membuat kesimpulan yang B dalam keadaan terlebih air dalam badannya (fluid overload). Bunyi paru-paru yang penuh dengan air, ruang abdomen juga dipenuhi cecair.
INI KENA BUATAN ORANG, TAK PAYAH PERGI HOSPITAL
Sumber gambar: NHLBI

"Bawalah ke hospital," Abu memberitahu kepada ahli keluarga yang lain.

"Ni orang buat ni. Kami pun dah bawa berubat. Dah ada air baca-baca dah. Tak apa, tak perlu ke hospital," tegas ahli keluarga B.

Abu mengetap bibir. Kasihan B. Dalam keadaan tercungap, hampir lemas kerana tubuhnya penuh air—ada pula air tambahan dari luar.

Gerak hatinya mengambil alih. Kalau jirannya itu tak mahu bawa B ke hospital, biar dia dan D saja yang usahakan. Tampak riak wajah D yang lega dengan keputusan Abu.

Sampai saja di kecemasan, saringan awal mendapati B dalam keadaan kritikal dan terus saja ditolak ke zon merah. Abu dimarahi pula oleh doktor di situ kerana lambat bawa B ke hospital.

INI KENA BUATAN ORANG, TAK PAYAH PERGI HOSPITAL
Sumber gambar: Health Affairs
Abu diam saja. 

Selang beberapa minggu selepas itu, Abu terserempak dengan B di hospital, sedang berjalan dengan senyuman lebar. Perutnya masih buncit dengan air, paru-parunya juga. Tapi keadaan B jauh lebih baik daripada waktu dibawa ke hospital dulu. Siap boleh bergelak ketawa lagi.

Abu menarik nafas lega. Langkah untuk 'menentang' keputusan keluarga jirannya itu nyata betul untuk selamatkan nyawa B. 

Sebab itu walau macam mana dingin pun layanan ahli keluarga jirannya itu, secalit kesal pun tak ada dalam hatinya.

 'Aku jalankan amanah dengan ilmu yang Allah beri. Conscience aku clear.'

.
.

Kalau ditanya boleh ke disihir orang, tapi present dengan simptom menyerupai masalah perubatan—jujurnya saya tidak tahu.
INI KENA BUATAN ORANG, TAK PAYAH PERGI HOSPITAL
Sumber gambar: Magic Love Spell
Tapi
Kalau ada orang rasa benda buatan orang ni tak guna ke hospital langsung, saya sekapal dengan Abu tak bersetuju.

Benda yang boleh dirawat di hospital, kita rawat di hospital. 
Dalam kes B, setiap rongga dan ruang tubuh orang itu dipenuhi air, mesti kena keluarkan untuk dia stabil dan selesa bernafas. 

Melainkan tuk guru mengubat tu ada jurus untuk keluarkan air dari badan, tu cerita lain.
Tapi still nak kena ke hospital untuk confirmkan, betul?
.
.


Comments

Popular Posts