CREATOR HOTEL, LORONG YANG MALAP DAN SEEKOR RUSA

Nampak rusa tak?

CREATOR HOTEL, LORONG YANG MALAP DAN SEEKOR RUSA| Plan lain, jadinya lain. Tapi saya percaya setiap yang Allah tentukan itu sangat pasti lebih baik daripada apa yang kita rancang.

Minggu itu ada kursus sehari di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Asalnya saya rancang untuk menumpang tidur di rumah seorang rakan di sana. Entah macam mana, masing-masing terlupa nak update rancangan masing-masing, saya jadi hilang punca tak tahu hendak menginap di mana.

Mujur salah seorang teman yang akan pergi ke kursus yang sama dari Melaka tinggal di Kulai. Maka dalam kereta dia yang saya tumpang petang Jumaat itu juga saya membuat keputusan untuk menginap kat mana-manalah hotel yang ada di sana. Baru serabut nak mencari hotel yang nampak boleh dipercayai di sekitar Kulai.

Dan teman saya mencadangkan Creator Hotel, sebab ia nampak cantik dari luar.
Saya pun setuju saja, terus menempah bilik solo hotel tersebut di Agoda.

Melangkah masuk saja ke lobi Creator Hotel, rasa sangat WOWWWW.

CREATOR HOTEL, LORONG YANG MALAP DAN SEEKOR RUSA

Gambar dari Booking.com

Bertemakan rusa, lobi yang disirami gabungan warna putih, biru turqoise dan kelabu sangat buat hati rasa selesa dan tenang. Macam sangat nature friendly.

CREATOR HOTEL, LORONG YANG MALAP DAN SEEKOR RUSA

Kaki melangkah keluar daripada lif sebaik sahaja tiba pada tingkat 4, di mana bilik saya berada. Kad kunci yang diberi digunakan untuk membuka pintu kaca (ada ciri keselamatan di situ) yang mengasingkan ruangan lif dan satu hall yang sangat lapang, seolah lobi juga di tingkat yang sama.

Di hujung sebelah kanan hall, tersedia susunan meja berserta komputer - IT corner mungkin? Ruang yang selebihnya tersusun kerusi-kerusi kayu yang selesa, sesuai untuk duduk bersantai sambil berbual mesra atau diam membaca.

CREATOR HOTEL, LORONG YANG MALAP DAN SEEKOR RUSA

Dan di beberapa sudut ruang itu bersambung dengan lorong-lorong koridor yang menempatkan bilik hotel. Agak seram juga dengan suasana sunyi dengan limpahan lampu suram. Tapi pada masa yang sama, ia beri rasa tenang.

CREATOR HOTEL, LORONG YANG MALAP DAN SEEKOR RUSA

Kad kunci yang sama digunakan untuk membuka pintu bilik.

Comel kan electronic key card dia?

Lagi sekali rasa teruja. Saya pilih bilik solo saja, kerana saya seorang diri. Hiasan bilik cukup ringkas, tapi sangat teratur dan kemas. Saya suka betul bila dia gabung warna putih dan oren. Rasa refreshing sangat.

CREATOR HOTEL, LORONG YANG MALAP DAN SEEKOR RUSA


You know apa yang penting? Toilet okey, toilet

Di hujung katil terletak cantik lipatan tuala dan hotel amenities yang terbungkus elok,

Hotel amenities
Ini bungkusan selipar bilik

Dalam box ni ada set toiletries


Untuk 1 night stay di bilik solo itu, alhamdulillah saya berpuas hati.
Mungkin kalau ada rezeki, boleh datang ke sini lagi untuk cuba bilik yang lain pula. Kalau google gambar-gambarnya, rasa macam aduhaiiii cantik sangat.

Saya rasa hotel ni pun available untuk handle event juga tau.

Creator Hotel
Lot 1566, 20, Jalan Besar, Taman Mewah, 81000 Kulai, Johor07-662 6888



Comments

Post a Comment

Popular Posts