Hujan...dalam memori


Hujan...dalam memori


"Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
Gerimis berderai di merata
Bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap di jiwa
Adakala bahagia terasa
Meskipun duka nestapa

Tika hujan turun
Sayup mendayu lagu keroncong
Merdu irama dialun
Bersenandung

Hujan membasahi bumi
Melahirkan keluhuran budi
Mengeratkan perpaduan suci
Kasih sayang abadi."

Lagu Hujan nyanyian Adibah Noor ni adalah salah satu soundtrack dalam filem Mukhsin.

Sejak tengok video clip lagu ni, setiap kali hujan singgah membasahi bumi tempat saya berpijak, pasti terngiang-ngiang lagu ini dalam kepala.

Mak Yam (watak Adibah Noor) duduk di antara sekumpulan lelaki yang bermain alat muzik, suara merdu beralun di celah rintikan hujan.

Dua beranak, Orked dan ibunya sedang menari di tengah curahan rahmat dari langit.

Sebuah teksi putih melintasi mereka. Lengan kiri seorang remaja di luar tingkap membuat gerakan seperti ombak.

Basah. Mereka tidak peduli. Seolah sangat menyambut kedatangan hujan itu.

Tahu tak, membasahkan bahagian tubuh (yang bukan aurat) itu juga adalah sunnah Nabi Muhammad?

Anas RA berkata:

Kami bersama-sama Rasulullah SAW pernah ditimpa hujan, lalu Rasulullah SAW menyelak pakaiannya, sehingga hujan menimpa (tubuhnya).

Kami bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa engkau lakukan hal ini.

Baginda SAW menjawab: Kerana ia adalah makhluk yang Allah baru ciptakan. 

(Sahih Muslim, Kitab Solat al-Istisqa, no. 898)

Comments

Popular Posts