Overdose Manusia



Cuti sekolah baru je lepas. 
Untuk orang yang tak kerja cikgu dan tak beranak macam saya ni, secara directly saya tak terjejas pun dengan cuti-cuti ni, tapi some of the family events dibuat time cuti sekolah.

Kan kan betul tak?

So last Saturday, majlis bertandang adik saya yang ke empat, dan terakhir dalam keluarga kami. Majlis berlangsung pada waktu malam.

Siang itu bertolak dari Melaka, singgah makan di Ramly Bistro berdekatan dengan venue majlis. Rehat sekejap kat rumah adik, then bersiap sedia nak ke majlis.

Ada pula surprise di situ.

Kereta yang saya naiki berada di belakang kereta yang bawa pengantin. Elok saja nak keluar daripada kawasan rumah, kereta yang bawa pengantin dikerumuni sekumpulan lelaki dengan motor ala ala Harley Davidson.

Cuak pun ada juga, entah dari mana datang diorang ni kan.

Rupa-rupanya mereka ni teman kepada keluarga pengantin lelaki. Geng-geng riders la kiranya. Diorang pakat nak iring kereta pengantin sampai ke pintu gerbang majlis (dalam taman yang sama juga). Memang happening la.

Tapi kejutan tak selesai lagi.

Siap makan beradab, ada sesi fotografi. Dan dalam sibuk tetamu mingling sesama sendiri, ada pula pertunjukan bunga api. 




Memang teruja betul. It has been years since saya witness bunga api dalam jarak yang dekat. 

It was so exhilirating.

Keesokannya kami habiskan masa di rumah ayah di Shah Alam pula. Bukan mudah nak dapatkan semua adik beradik berkumpul bersama-sama, lebih-lebih lagi bila masing-masing dah mendirikan rumah tangga. 

Aktiviti memang packed sangat dalam masa dua hari tu. Saya dan suami pulang ke Melaka, terasa habis semua tenaga. Untuk saya yang memang introvert ni, rasa macam overdosed dengan manusia. Berdenyut-denyut kepala, rasa macam mahu pecah. 

But sometimes, we have to do benda yang kita tak gemar, to preserve things that matter to us. 

Kan?

Comments

  1. Kalau dpt tengok bunga api jarak dekat, mmg alhamdulillah... Dah lama tak nampak bunga api jarak dekat2 ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts