Of Breast Cancer and October
Senario 1
Seorang wanita berusia 40-an.
Belajar tinggi
Latar belakang sosioekonomi yang bagus
Datang ke klinik payudara
Dalam keadaan ketumbuhan pada payudaranya sudah libatkan struktur di sekitarnya (locally advanced)
Lambat datang berjumpa doktor
Kerana takut nak terima kenyataan
Kerana takut suami tinggalkan
Senario 2
Wanita-wanita lebih separuh abad
Pangkat nenek atau yang sudah tak ada suami.
Juga datang dalam keadaan yang sama.
Ada ketumbuhan di payudara. Terbiar lama hingga ia 'makan' kawasan sekelilingnya.
Lambatnya mereka pula kerana katanya anak-anak sibuk, tak mahu susahkan mereka.
Pada bulan 6 dan 7 tahun ini, hampir 50 peratus wanita yang hadir ke klinik payudara termasuk dalam kategori wanita dalam senario 1 dan 2. Sudah dalam tahap 3, ataupun 4.
Mungkin ada antaranya sudah lanjut usia dan mungkin tak terdedah dengan kepentingan untuk buat saringan mammogram supaya dapat mengesan kanser pada tahap awal.
Maka jatuh atas bahu anak anak, generasi celik minda dan IT ni untuk bantu ibu, makcik, nenek untuk hadirkan diri untuk saringan mammo.
Yang usia muda, kuatkan hati untuk hadapi bila ada rasa sangsi
Jangan ditunggu-tunggu lagi
Tak ada relevan lagi alasan hilang suami
Tanpa sebab juga mereka boleh tinggalkan isteri
Dapat kesan awal, banyak benda lagi yang boleh dibantu
Bila tiba di depan pintu dengan tahap 3/4, yang merawat pun boleh jadi buntu.
Moga Allah lapangkan dada, permudahkan redha untuk hadapi ujian dunia.
•diolah daripada perkongsian Dr Sareena.
#pinkoctober
#breastcancerawareness
Comments
Post a Comment