Posts

Showing posts from December, 2019

Tentang dikenali

Saya tengah berangan Kalau satu hari tengah berjalan di tengah ramai Terserempak dengan M. Nasir Dia pandang saya dan kata "Oh, aku kenal kamu. Kamu peminat aku dalam ramai, kamu selalu hayati lagu aku dalam damai." Konfem terharu gila. Artis yang kita suka kot. . Lalu kita sambung lagi berangan Satu masa nanti, dalam kekalutan bekas manusia bertebaran menggelupur hendak selamat kan diri sendiri. Dan Seorang lelaki yang lebih indah dari bulan. Dengan akhlak pekerti paling sempurna sebagai manusia. Pandang ke arah kita sambil senyum dan berkata "Oh, aku kenal kamu. Kamu selalu ingat padaku dan tak putus lidah berselawat kepada ku." Berbunga hati, basah pipi Sambung lagi angan-angan Saat Pencipta lihat kita dan berkata "Inilah hambaKu yang ridha akan qada dan qadarku. Dan Aku ridha ke atasnya." ... Koyak hati.  May we are recognized by our master Prophet Muhammad as one of his people. May we return to Allah in the state that we are pleased with His arrangeme...

Of Rememberance of Allah

Image
Bila dalam hati ada Pencipta Segala apa yang dijamah mata Setiap nafas yang dihela Setiap molekul udara Setiap bait lagu dan ayat cinta Setiap lafaz kata-kata Setiap jerih peluh air mata Gemersik daun pada dahan mengikut rentak angin. Diiring kicauan burung seolah penyanyi latarnya. Tak ada yang terlintas melainkan ia ingatkan hamba pada Tuan-nya Walau secebis debu sekalipun Kefahaman tak lagi terbatas dengan sifat yang hanya nyata pada mata Semua adalah lambang kebesaran Yang Maha Esa. Bila dalam hati ada Pencipta '(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.' • Ar Ra'd 13:28•

Tentang Da'i

Image
Ada kisah pada suatu masa dahulu. Imam Abdullah Bin Abu Bakar al-Aydarus meminta anak lelakinya ke pasar tempat berjual beli untuk tujuan berdakwah.  Imam Abdullah memberitahu anaknya "Pergilah ke pasar dan carilah seorang yang lebih 'rendah' darjatnya atau lebih 'hina' daripada kau." Anak lelaki Imam Abdullah menurut kata bapanya. Tiba saja dia di pasar, azan mula berkumandang. Hampir semua yang ada meninggalkan pasar itu untuk pergi ke masjid mengerjakan solat.  Kecuali seorang lelaki. Usai mengerjakan solat, anak Imam Abdullah keluar daripada masjid. Dia melihat lelaki itu masih berada di tempat yang sama. Terlintas dalam hatinya "Lelaki itu ada di situ sebelum aku ke masjid, dan masih ada di situ lagi selepas aku selesai solat.  Mesti dia ni tak solat lagi. Kalau macam ni, aku lagi bagus daripada dia. Aku solat, dan dia tak solat. Akan ku bawa dia berjumpa dengan ayahku." Baru sahaja dia hendak melangkah ke arah lelaki itu, dia terfikir lagi. ...

GoodRizqi - Aplikasi Untuk Bantu Parenting

Image
Walaupun dia baya-baya anak kalian, dia ini pangkat adik untuk saya. Lahir waktu umur saya 30 tahun. Maka saya forever kakak, lol jangan jeles. Dia lahir dikeliling kakak-kakak yang telah dewasa, yang teruja nak ajar segala macam nilai yang ada dalam dunia dan pada masa yang sama manjakan dia sehabisnya. Dia banyak memerhati. Banyak mempersoal dalam kepala. Matangnya dia dari segi itu. Namun ada masanya matang itu terkonflik pula dengan naluri anak-anak dalam jiwa.  Hasilnya macam seorang remaja memberontak dalam tubuh seorang anak kecil. Bila orang keliling bising sedikit, dia akan jerit suruh diam. Ketika orang berbual, dia cuba mencelah. Perlu rasa dia yang menjadi tumpuan utama. Tak boleh bila rasa dia dipinggirkan bila berkumpul beramai-ramai. Ibunya dan kakak-kakak yang lain banyak berusaha. Pujuk. Slow talk. Kadang ada juga terlepas cubitan halus pada kulit. Kasihan. Tapi silap dahulu perlu juga dibetulkan. • Beberapa mingg...

Carseat Itu Alat, Namun Jangan Dinafi

Image
29.11.2019 Seorang bayi tak sampai setahun umurnya. Atas riba penjaga di seat depan di dalam kereta Pemandu hilang kawalan stereng lalu terbabas menghentak batang pokok Anak itu terdorong ke hadapan, kepalanya berdentum bertemu dashboard Retak tempurung kepala Dengan pendarahan di dalam otaknya Dalam masa semalaman paras hemoglobin dalam darah turun mendadak Melalui imbasan, pendarahan semakin banyak, tisu otak semakin bengkak. Tak dapat nak bayang perasaan yang melahir dan menjaga. Kita tahu ia sukar dan keadaan juga seperti kelabu, namun kita teruskan doa – yang terbaik selayaknya untuk semua. ••• 1.12.2019 Allah izinkan berselisih dengan katil anak kecil yang terlibat dalam kemalangan tempoh hari. Mata terkatup dengan setitik jernih di satu sudut. Raut wajahnya tenang. Di sisi jururawat sedang beri makan menggunakan tiub. "Ada perubahan ke dari awal masuk hari tu?" seketul saya bertanya. "Tak ada, sama aje," balas si jururawat. Saya sentuh hujung kakinya. Beri sa...

Tentang Apa Yang Kita Tidak Minta

Image
Banyak masa terlepas pandang. The gift of opening the eyes selepas tidur. The gift of jantung yang tetap berdenyut dalam keadaan tak sedar The gift of masih boleh mendengar suara orang memanggil nama Kalau nak senaraikan satu-satu, memang tak habis. Betapa banyak yang boleh disyukuri Terbuka mata – syukur masih peluang terjaga Denyutan jantung – latih biar diiringi dengan sebutan Allah di setiap detaknya Sangat banyak benda yang kita ada tanpa kita minta.