GoodRizqi - Aplikasi Untuk Bantu Parenting
Walaupun dia baya-baya anak kalian, dia ini pangkat adik untuk saya. Lahir waktu umur saya 30 tahun. Maka saya forever kakak, lol jangan jeles.
Dia lahir dikeliling kakak-kakak yang telah dewasa, yang teruja nak ajar segala macam nilai yang ada dalam dunia dan pada masa yang sama manjakan dia sehabisnya.
Dia banyak memerhati. Banyak mempersoal dalam kepala. Matangnya dia dari segi itu.
Namun ada masanya matang itu terkonflik pula dengan naluri anak-anak dalam jiwa.
Hasilnya macam seorang remaja memberontak dalam tubuh seorang anak kecil.
Bila orang keliling bising sedikit, dia akan jerit suruh diam. Ketika orang berbual, dia cuba mencelah.
Perlu rasa dia yang menjadi tumpuan utama. Tak boleh bila rasa dia dipinggirkan bila berkumpul beramai-ramai.
Ibunya dan kakak-kakak yang lain banyak berusaha. Pujuk. Slow talk. Kadang ada juga terlepas cubitan halus pada kulit.
Kasihan. Tapi silap dahulu perlu juga dibetulkan.
•
Beberapa minggu lepas ketika bermalam di rumah mereka, saya perasan sesuatu yang lain dari biasa.
Dia tidak banyak bicara.
Bila dia bersuara, nadanya rendah dan sopan.
Waktu orang dewasa berbual dia duduk di hujung sofa membuat latihan matematik. Sikit pun dia tak ganggu.
Menurut ibuji, nak minta tolong kerja rumah juga sudah jadi cukup mudah. Selepas baju diangkat, diletak elok di atas sofa, bukan main campak saja.
Dan paling penting, si ibu tak pening kepala naik angin dan tak perlu standby jari untuk mengetam kalau anak tak dengar kata.
Bila ditanya, rupa-rupanya ibuji guna aplikasi GoodRizqi.
Tak perlu nak tengking.
Tak perlu tinggi suara.
Minta tolong dengan baik, dan dibalas dengan baik.
Nak minta berulang kali pun, ibu bapa tak stress sangat, siap boleh dengan senyum lagi.
Kerana si anak tahu dan faham.
Mereka tahu ada habuan untuk mereka jikalau mereka buat atau pilih untuk berdegil juga.
Terkucil sana sini itu biasalah kan. Manusia.
Maka syukur.
Berkat usaha doa ibuji papaji, kakak kakak bestari dan bantuan GoodRizqi, mudah-mudahan kelak dapat bentuk seorang muslimah dengan akhlak terpuji, jadi contoh kepada adik dan anak saudara saudari.
•
Mahu lihat apa itu GoodRizqi, boleh klik pada link ini
👉 #GoodRizqi 👈
wah thanks share pasal good rizqi ni ... hope memabntu ramai parents untk perbaiki skill parenting mereka macam kak pip.
ReplyDeleteAla dah cari apps ni.. Takdak pun.. sobss..
ReplyDeleteMummy masih belajaq dan terus belajaq nak menjadi ibu yang baik yang masih jauh dari sempurna..