Carseat Itu Alat, Namun Jangan Dinafi
29.11.2019
Seorang bayi tak sampai setahun umurnya. Atas riba penjaga di seat depan di dalam kereta
Pemandu hilang kawalan stereng lalu terbabas menghentak batang pokok
Anak itu terdorong ke hadapan, kepalanya berdentum bertemu dashboard
Retak tempurung kepala
Dengan pendarahan di dalam otaknya
Dalam masa semalaman paras hemoglobin dalam darah turun mendadak
Melalui imbasan, pendarahan semakin banyak, tisu otak semakin bengkak.
Tak dapat nak bayang perasaan yang melahir dan menjaga.
Kita tahu ia sukar dan keadaan juga seperti kelabu, namun kita teruskan doa – yang terbaik selayaknya untuk semua.
•••
1.12.2019
Allah izinkan berselisih dengan katil anak kecil yang terlibat dalam kemalangan tempoh hari.
Mata terkatup dengan setitik jernih di satu sudut. Raut wajahnya tenang. Di sisi jururawat sedang beri makan menggunakan tiub.
"Ada perubahan ke dari awal masuk hari tu?" seketul saya bertanya.
"Tak ada, sama aje," balas si jururawat.
Saya sentuh hujung kakinya. Beri salam dan hadiahkan al-Fatihah. Untuk jasad dan rohani.
•
•
"Tu lah jadi macam tu sebab tak letak budak dalam car seat."
Atau
"Anak selamat tak cedera sebab duduk dalam carseat."
Mungkin ada terlintas atau terlafaz macam ni masa terbaca kes-kes yang seumpama ini
Tak salah. Tapi boleh diperindah lagi. Lebih cantik lagi kalau disebut contohnya
"Alhamdulillah. Allah izinkan anak terdakap elok dalam carseat bila kemalangan berlaku."
Selit dalam ingatan, kalau Allah izin, boleh saja anak itu tercedera dalam apa saja bentuk sekalipun walaupun sudah kita letak pelindung fizikal sekuat mana pun.
Yang mampu dan ada kapasiti untuk letak carseat berderet, maka buatlah.
Tapi.
Usahlah cemuh atau kondem mereka yang faham dan teringin sekali provide car seat untuk anak-anak namun tak kesampaian kerana kekangan kewangan, keluarga besar misalnya.
Mana kita nak tahu, disebabkan kurangnya mereka dari segi itu, maka bergantungnya hati mereka pada Allah untuk selamat adalah lebih besar lagi daripada kita.
Mana tahu tanpa sedar hati kita tersyirik kecil dengan letak pergantungan pada sebuah alat semata.
Nauzubillahiminzalik.
Istighfar.
Perbaharui syahadah kembali.
Namun tak mahulah pula kita nafikan kegunaan alat itu. Sepertimana pesan Rasulullah pada seorang lelaki Arab Badwi,
“Ikatlah unta itu dan bertawakallah kepada Allah.”
Comments
Post a Comment