Bangun Pagi, Masih Terasa Seperti Zombi? Kenapa ya agaknya?

Kebelakangan ni Cekma kerap rasa letih bila bangun pagi 🧟‍♂️, padahal kalau ikut hours, dah cukup dah tidur 6-8 jam. Memandangkan ni zaman informasi di hujung jari, kita pun searchlah sahaja apa faktor-faktor yang menyumbang kepada kejadian sebegitu. 

1. Tidur Tak Nyenyak

Rupa-rupanya, walaupun dah tidur cukup lama tapi kalau tak nyenyak, badan kita tak dapat rehat sepenuhnya. Bunyi bising, lampu terang, atau tilam tak selesa boleh ganggu tidur kita. Bila tidur asyik terganggu, kita bangun rasa tak segar.

2. Ada Masalah Tidur

Masalah tidur macam sleep apnea boleh buat kita terjaga banyak kali tanpa sedar sepanjang malam. Bila pernafasan terganggu, otak tak dapat rehat yang cukup, dan kita bangun pagi rasa lesu.

Antara simptom sleep apnea yang kita tak sedar, adalah berdengkur ketika tidur. 

3. Otak Tak Berhenti Fikir

Kalau kepala penuh dengan masalah atau stress, otak kita tak boleh rehat betul-betul. Walaupun badan kita tidur, fikiran kita mungkin masih ‘berjaga’. Itu sebabnya kita bangun rasa letih.

4. Screen time sebelum tidur

Sesungguhnya, Cekma rasa ni antara faktor besar yang menyumbang. Duk scroll soc med, Neftlix sebelum melelapkan mata, adakalanya sampai tertidur jatuh phone atas muka pun ada. Haish, kena tukar habit kepada membacalah pula agaknya ni. 

Kalau selalu bangun pagi rasa penat, mungkin dah sampai masa untuk jaga kualiti tidur kita. Pastikan suasana tidur selesa, dan cuba tenangkan fikiran sebelum tidur. 




Comments

Popular Posts