B.U.S.U.K

“Busuk.”
.

Hidung berkerut. Mula bernafas ikut mulut kerana rasa tidak selesa dengan bau sekumpulan manusia yang baru melintasi mereka.
.

Perkataan busuk itu perlahan saja, tapi cukup kuat untuk didengar oleh teman hidup.
.

“Kenapa?”
.

“Awak tak bau ke tadi? Masa berselisih dengan diorang tadi.”
.

“Bau je.”
.

“Tapi nampak rileks je, kuat kot baunya.”
.
Busuk

Teman hidup senyum. “Sebab saya tengah cuba sibukkan diri istighfar dan bersyukur dalam hati.”
.

Dahi pula berkerut. Teman hidup ni kalau bercakap mesti banyak lapisan yang dia kena kupas. “Sebaaaaab?” Panjang harakat 'bab’ nya tu.
.

Teman hidup tarik tangan, dibawanya duduk di atas salah satu bangku berhampiran mereka.
.

“Bila awak terhidu bau diorang yang busuk tu. Apa awak rasa?”
.

Fikir sejenak. “Tak selesa. Kenapa tak pakai deodorant ke apa-apa. Tak mandi ke. Tak bau ke sesama diorang.” Tergelak kecil.
.

“Kiranya awak tengah hakimi diorang, betul?”
.

Terdiam. Dah mula tak senang duduk.
.

“Saya pun macam tu dulu. Kemudian ada orang tegur. Katanya, apa kata kita tukar. Instead of kita judge orang itu, walau dalam hati sekalipun, apa kata kita penuhkan hati dengan rasa syukur.’
.

“Maksudnya?”
.

“Syukur, sebab Allah beri kita senang untuk beli deodorant.
Syukur, kerana kita tak kena kongsi satu rumah kecil dengan 20 orang yang lain.
.

Syukur, kerana kita tak perlu nak berebut untuk mandi
Syukur, kerana kita tak perlu berpeluh sebab kena berjalan jauh
.

Syukur, kita ada sumber pendapatan yang cukup
Syukur, kerana kita terlindung daripada penyakit berjangkit disebabkan overcrowding
.

Syukur, kerana Allah tak beri kita bau tubuh yang buat orang kurang senang
Syukur, kerana kita ada upaya beli perfume.
Syukur, kerana kita tak ada penyakit yang buat badan kita berbau busuk.
.

Kalau nak senaraikan ni, memang tak habis.”
Teman hidup senyum manis.
.

Terdiam. Rasa sebak sedikit dalam dada. Benar,  banyak masa habis 'judge’ orang lain, sedangkan tugas 'hakim’ itu bukanlah tugas hakiki manusia.
.
.

Comments

  1. Allah..deep sgt nasihat ni.kita memg kdg2 alpa dan lupa utk bersyukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaan. Kadang tu cepat je terlintas kat hati. Tak sempat nak brek brek

      Delete
  2. Manusia tak dapat lari dari menghakimi orang sekeliling. Bezanya ada kita sedar atau tidak dengan kesilapan kita tu. Moga Allah lindung kita semua dri sikap mcm tu.

    Singgahsini dari www.mawarassufi.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts