TIGA PERKARA YANG DEODORANT LAKUKAN KEPADA BADAN ANDA
DEODORANT HARGA RM 45? MAHAL GILA. TAPI SELEPAS CUBA ADANIA BERGAMOT & LIME ALL NATURAL DEODORANT, TERPAKSA MENGAKU IA BERBALOI.
.
.
.
.
Saya percaya, hampir semua dari kita pakai ubat ketiak kan. Atau kalau nak pakai nama yang nampak semenggah sikit, deodorant.
.
TIGA PERKARA YANG DEODORANT LAKUKAN KEPADA BADAN ANDA |
Kalau ditanya kenapa pakai deodorant, jawapan mesti hampir sama. Sama ada tak mahu ketiak berbau, atau nak mengelakkan daripada berpeluh. Atau ketibas orang panggil eh.
.
Tapi pernah tak kita terfikir, macam mana sebenarnya deodorant ni boleh menghilangkan bau ketiak? Atau, kenapa agaknya kadang kita sendiri pun tak sanggup nak bau ketiak sendiri? Apa beza deodoran biasa dan antiperspirant?
.
TIGA PERKARA YANG DEODORAN LAKUKAN KEPADA BADAN ANDA
.
1. Deodoran membunuh bakteria yang menghasilkan bau busuk
.
Percaya ataupun tidak, peluh yang terhasil sebenarnya hampir tak berbau. Bau yang terhasil tu adalah apabila bakteria yang ada pada kulit kita uraikan beberapa komponen yang ada dalam peluh tu. Dan bila peluh yang dah sedikit terurai tu berada pada kulit kita untuk satu jangka masa, time tulah kita akan mula kerut hidung bila dekat dengan ketiak.
.
Memandangkan kebanyakan deodorant ada sedikit ciri-ciri anti bakteria, ia akan bantu untuk hapuskan bakteria pada kulit kita tu. So, at least for some time, kita bebas daripada bau ketiak yang kurang menyenangkan
.
2. Deodoran tidak membuat kita berhenti berpeluh
.
Ha, jangan pelik pula kalau dah pakai deodorant tapi ketibas masih ada. Sebab tugas deodoran ni (rujuk no 1) tugasnya nak menghilangkan bau dengan hapuskan bakteria pada kulit di area tu.
.
Untuk mereka yang tak selesa dengan peluh di ketiak kalian boleh cuba cari deodoran yang 'ANTI PERSPIRANT' (anti peluh). Anti perspirant ni biasanya ada aluminium di dalamnya, yang bertugas untuk BLOCK salur peluh. So, peluh tak akan keluar. Bakteria tak akan bertindak atas peluh. End resultnya, tak ada bau.
TIGA PERKARA YANG DEODORANT LAKUKAN KEPADA BADAN ANDA |
.
3. Deodorant dan Kanser Payudara
Kanser payudara dan hormon ESTROGEN ada hubungkait yang rapat. Dalam deodoran dan antiperspirant ni, ada bahan-bahan seperti aluminium, triclosan, bahan pengawet seperti paraben dan bahan-bahan kimia yang beri bau wangi, maintain tekstur dan UV filter. Bahan-bahan ini ada aktiviti yang hampir sama dengan estrogen. Dan deodoran yang ada kandungan ini kita sapu di ketiak, yang sangat hampir dengan payudara.
.
However, setakat ini belum ada study atau research yang conclusive tentang teori ini. Studies by Mirick et al kata, tak ada kaitan between penggunaan deodoran dan kanser payudara. Manakala research yang dilakukan oleh Mc Grath KG membuat kesimpulan yang insiden kanser payudara pada usia yang semakin muda ada kaitan dengan penggunaan deodorant/antiperspirant dan mencukur ketiak yang kerap.
.
Jadinya, tak tahu lagi kesahihan teori itu,
.
.
Tak ada salah pun nak continue pakai apa yang kita guna. Cuma, kena alert dengan possibility hubungkait antara kedua-dua faktor ni.
.
Antara langkah yang saya mula ambil adalah memulakan penggunaan deodoran dari bahan semulajadi. Saya gunakan ADANIA BERGAMOT & LIME ALL NATURAL DEODORANT. Deodorant daripada Adania ni adalah:
• Natural • Non-Toxic • Unisex • Ultra-Pure • Long-Lasting • Hypoallergenic
.
Deodoran ini akan mengurangkan bau kurang senang secara semulajadi dengan gabungan Lime, minyak kelapa dara yang akan hasikan lapisan yang bersifat antibakteria dan minyak kelapa yang bantu untuk baikpulih kulit. Ia tidak menyumbat pori pori pada kulit ataupun block salur peluh. Semua bahan dalamnya adalah semula jadi, tiada bahan kimia buatan yang ditambah di dalamnya.
.
Kandungan: Cocos nucifera (virgin coconut) oil, Maranta arudinacea (arrowroot) powder, Sodium bentonite clay, Butyrospermum Parkii (shea) butter (organic, unrefined), Cera alba (Beeswax),Sodium bicarbonate, Citrus bergamia (Bergamot) oil, Citrus aurantifolia (Lime) essential oil.
.
To be honest, saya masih pakai lagi deodoran yang biasa beli di pasaran. But at least dengan gunakan natural deodoran ni, frekuensi saya pakai deodoran dengan artificial chemicals ni dah berkurangan sebanyak separuh. Baby steps, tapi ok lah kan.
.
Kalau ada yang nak dapatkan ADANIA BERGAMOT & LIME ALL NATURAL DEODORANT, boleh hubungi nombor +60196292906. Sekarang ini ada 15% off sampai 31 Disember 2017.
Bagus ye deodorant ni sebab bahannya yang semulajadi dan selamat. Beeswax pun ada juga tu nampaknya.
ReplyDeleteBetul ana pun ada baca kajian tentang deodorant dan kanser. So far masih belum terbukti. Semoga kita dijauhkan dari sakit2 sedemikian.amin.
ha ah ana. tak ada nak kata bukti konkrit lagi. cuma slow-slow kita buat something untuk kurangkan risiko nya
Delete