Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?



Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?

Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?|

Saya bukanlah jenis orang yang turun untuk demonstrasi.
Mungkin belum masa lagi.
.



Dan ada masa, jujurnya bila tengok orang ber-demo, ada juga terdetik dalam hati—kenapalah nak gigih berdemo begitu tengah mentari terik hujan ribut. Kan best duduk rumah makan coklat?
.



Tapi bila tengok perhimpunan menolak ICERD
besar-besaran kelmarin, seolah mendapat satu epiphany pula. Yang mengubah persepsi saya tentang demonstrasi ini secara total.
.


Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?


Kalau tak ada orang yang passionate enough untuk manifestasikan apa yang perlu untuk ummah dan negara—maka terjual lah kita.
.



Kalau tak ada orang sebegini, mungkin kita tidak Merdeka.
.



Kalau tak ada pihak yang bersuara hendak membela, mungkin lebih ramai yang tertindas binasa.
.



Provided the cause tidak bertentangan dengan redha Allah, demonstrasi begini perlu sekali.
.



Mereka yang berkumpul berbumbungkan langit itu–berjuang–untuk majoriti kita yang tidak mahu susah-susah masuk campur.
Harap orang lain untuk selesaikan.
Atau–eh eh dah selesai, tak perlu risau pun.
.



Fikir. Fikir.
.



Walaupun saya ini sekadar kuat minimum membantah dengan mengirim doa sahaja.
Syukur saya setinggi-tinggi kepada Allah kerana wujudkan mereka yang tegar hati penuh passion kepada agama dan negara, berkumpul bersama semalam.
.

Perhimpunan Menolak ICERD - Satu Epiphany?



One day, sahabat.
Peristiwa 8 Disember 2018 akan tercatat dalam buku sejarah Malaysia anak-anak keturunan kita.
InshaaAllah.

Comments

  1. Tapi bukankah ICERD sudah memang ditolak oleh pemerintah kita, jadi kenapa perlu ada demo? atau kak pip mmg tak faham ICERD ni .. Hurm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tunjuk solidariti mungkin kak pip, betapa bukan pemerintah saja yang tolak. actually rakyat pun tolak juga

      Delete
  2. Ya, sometimes we need this. Yg penting niat ikhlas & faham apa yg diperjuangkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts