Rancangan Allah pada hambaNya
Derapan tapak kaki kecil berlari-lari menarik perhatian saya. Tak jauh daripada tempat saya berdiri, seorang budak yang baru mendapat kaki sedang menapak laju, riang terukir dia selurug wajahnya.
Lantas saya teringat akan seorang lagi anak yang lebih kurang jumlah umurnya. Sedang terlantar atas katil tidak berkutik dalam zon kritikal.
Bernafas tidak lagi secara spontan. Anak matanya sudah terbuka luas tanpa ada reaksi terhadap cahaya, mungkin kerana cedera di otaknya.
Di keliling katil itu penuh insan yang sedang bertungkus lumus berusaha untuk kekalkan nyawa dalam tubuh kecil itu.
Saya pandang lagi anak yang sedang berlari-lari itu.
Umur sebaya, jantina yang sama, jalan cerita berbeza untuk kedua-dua anak itu. Sungguh, rencana Allah untuk setiap hambaNya tak ada yang sama.
Thanks for sharing, semoga makin sukses..
ReplyDelete