SELEPAS 2 TAHUN, KITA BERTEMU KEMBALI




Saya 'terjebak' dalam bisnes online pada hujung tahun 2016. Waktu itu saja je sebab berkenan tengok produk muka organik.

Daripada tak tahu cara nak promo online, mula belajar sikit demi sikit tentang copywriting. Masuk kelas basic menulis, belajar lembutkan jari untuk paut hati orang yang membaca.

Belajar untuk bina engagement dengan online sellers yang lain di FB. Hadiahkan likes dan komen untuk bina rapport. Berkenalan dengan teman baru, walaupun sekadar di alam maya.

Mula timbul rasa seronok bila orang suka baca tulisan kita. Tambahan pula dapat duit tepi juga, walaupun tak sebanyak mana - droship je pun.

Daripada skincare organik, beralih kepada bantal hotel diikuti dengan essential oil dan coklat premium tempatan. Setiap produk ada cabaran sendiri untuk hasilkan copywritingnya. Dan ada terselit rasa puas bila dapat sampaikan info dengan baik.

Tapi lama kelamaan saya mula rasa yang dunia bisnes secara amnya bukan untuk saya. 

Saya punya kerja tetap buat masa ini. 
Siang saya keluar bekerja dan adakalanya bertugas atas panggilan di luar waktu pejabat. 

Saya ingin berbisnes secara santai, tapi komuniti bisnes adalah bersifat kompetitif – aimnya adalah untuk kejar sale. Maka ada sedikit bercanggah dengan apa yang saya pegang.

Kelas dan event memang tak akan habis. Kalau ikutkan rasa, sungguh rasa nak attend semuanya. Awal-awal dulu sangay teruja, tapi ia buat saya terfikir.

Saya ini pentingkan diri, masa lapang yang saya ada saya mahu penuhkan dengan aktiviti santai dan hobi. Saya tak bersedia untuk tinggalkan benda yang saya suka untuk hasilkan sesuatu yang buat orang sukakan saya dan beli barang daripada saya.

Setiap kali post status di FB, saya jadi mengharap banyak engagement dan response darioada audience. Jadi down bila tak banyak seperti yang diharapkan.

Lalu hati saya mula terasa berat. Saya terasa prioriti saya mula berterabur all over the place.

Saya buat keputusan, perlahan-lahan saya tinggalkan dunia bisnes.

Benar, ada juga online seller yang masih bekerja dan berniaga pada masa yang sama– mereka berjaya untuk balancekan masa. Good for them.

Pasti, ada sedikit rasa kisah dengan pandangan orang. Takut orang kata buat bisnes separuh jalan lah. Tak serius lah. Tak bersungguh ke. Itu antara suara dalaman yang buat saya ragu-ragu untuk berhenti pada mulanya.

But hey, I owe it to myself to do things that makes me happy, kan.

Dan ada satu benda yang saya discover dalam masa 2 tahun ini.

Dalam pada saya sertai kelas bisnes, beli buku copywriting dan personal branding segala tu- sebenarnya yang paling saya enjoy adalah proses menulisnya. Itulah kesayangan saya yang telah tertimbus lama kerana terlencong dengan hidup.

Perlahan-lahan saya cuba menulis tentang perkara yang beri manfaat pada saya dan pada orang yang membacanya. Terasa lebih puas.

Tapi jauh di sudut hati masih ada rasa ter'ikat' dengan rasa mahu hasil tulisan itu disukai ramai dan dikongsi secara meluas.

Itu rasa yang saya sedang cuba kikiskan. Tanam niat yang kerja kita adalah berkongsi ilmu, yang tentukan siapa dapat membacanya adalah Allah. 

Walaupun sudahnya saya tak teruskan pun aktiviti bisnes online ni, saya amat bersyukur kerana berada dalam tempoh dua tahun dalam bidang ini membuatkan saya berjumpa kembali dengan passion yang dah lama 'hilang.'

Iaitu menulis.

Comments

Popular Posts