Little Steps #6
Walaupun kami seolah-olah dah bulat hati dengan keputusan untuk mengikut nasihat Dr I, tapi biasalah akan ada sedikit rasa atau lintasan keraguan yang menyapa hati. Antara sebabnya - ada orang lain yang ada condition yang sama, tapi tidak perlu melalui pembedahan apapun sepanjang mengandung. Tiada apa-apa yang terjadi sehinggalah mereka melahirkan.
Namun berbalik kepada post sebelum ini, kita dah istikharah dan kita dah dapat jawapan daripada Tuhan. Adakah akal dan pertimbangan kita lebih tinggi daripada jawapan istikharah tersebut?
Dan solusi untuk setiap keadaan yang sama dalam setiap orang adalah berbeza. Bagi A, mungkin tidak perlu bedah itu adalah yang terbaik untuk beliau, namun tidak semestinya untuk B. Untuk B, sekiranya ambil keputusan tidak bedah - cyst itu akan terbelit atau terpecah di masa hadapan, yang boleh beri lebih mudarat kepada bayi dalam kandungan. Dan untuk C pula - setelah bedah juga ada komplikasi kehilangan kandungan - pun boleh jadi juga.
The thing is, we never know. Allah yang lebih tahu - so trust in His plan and judgement.
Bila dikenang kembali juga, ia juga adalah sejenis latihan untuk penyerahan kepada Allah, dan kepada mereka yang lebih pakar. Kita mahu doktor itu jaga kandungan kita, dan bagi dia - dia akan lebih tenang hendak menjaga kandungan kita sekiranya 'ancaman' daripada komplikasi cyst yang besar itu dia buang siap-siap. Maka kita sebagai orang di bawah jagaannya, or rather, kalau kita masih mahu berada di bawah jagaannya - rendahkan hati dan terima tindakannya.
Melainkan selepas istikharah dan dapat jawapan berbeza - itu lain cerita.
Itulah benda yang bermain-main dalam fikiran saya sepanjang menunggu temujanji seterusnya dalam masa satu minggu.
Tapi antara perkara yang membuatkan kami lebih tekad itu adalah bila kami bertanya, jawapan yang diterima adalah "Eloklah buang."
Ujian keyakinan.
Photo by Ryan De Hamer on Unsplash |
Pada hari temujanji itu, kami beritahu Dr I tentang keputusan kami. Dia terus sahaja selak kalendar dan kata, "Okey, kita buat minggu depan."
Huh?
Dalam kepada kami waktu itu kami ada masa lagi seminggu untuk membuat persediaan kerana pada awalnya kami jangka pembedahan itu akan dilakukan pada minggu terakhir bulan Jun. Sangkaan kami meleset. Hanya ada 5 hari sahaja sebelum hari yang ditetapkan.
Okey, tenang, tenang. Allah susun macam ni.
Mungkin juga kerana waktu itu masa scan, rahim dah mula membesar dan cyst itu sudah tertolak sedikit ke belakang. Dr I risau dia akan terpaksa banyak menggerakkan rahim sewatu pembedahan nanti untuk mencapai cyst tersebut.
Dalam temujanji ini juga akhirnya kami mendapat jawapan mengapa spotting saya tidak hilang-hilang. Dr I buat pemeriksaan spekulum dan mendapati ada keradangan pada pangkal rahim saya. Mereka ambil high vaginal swab dan saya diberikan antibiotik selama 5 hari. Rasa lega itu tidak dapat dibayangkan. Maka spotting itu bukanlah daripada dalam rahim.
Namun saya syak bleeding kali pertama dahulu betul-betul adalah threatened abortion.
Comments
Post a Comment