HSG - TIUB SAYA TERSUMBAT KE DOKTOR?
Sambungan daripada post PERSEDIAAN SEBELUM HSG dan APA ITU HSG.
.
.
So, katakan patient dah ada appointment untuk HSG. Datang ke
department Radiologi, bagi borang pada staff dan tunggu.
.
.
Nanti akan ada orang panggil masuk. Akan ditanya soalan macam,
bila last period, dah kering berapa hari, ada bersama husband ke tak, ada
alahan tak.
.
.
Ingat, jawab YA atau TAK saja.
.
.
Kalau clear, pesakit akan disuruh tukar baju. So, silalah pakai
baju yang senang untuk ditanggal dan dipakai so that tak amek banyak masa.
Ingat, ada wanita lain yang tengah tunggu giliran juga.
.
.
Dalam bilik tempat nak periksa tu, akan ada mesin lebih kurang
macam gambar kat bawah nun. Ada 'table' untuk pesakit baring, dan ada benda
berbentuk C yang besar tu untuk ambil gambar.
.
.
Mesin, tak semestinya sama untuk semua hospital tau.
.
.
So,
.
.
Steps, secara amnya adalah seperti kat bawah ni:
.
.
1. Baring atas 'table' tu.
Posisi, macam orang nak beranak tu. Or macam masa ambil pap
smear.
.
.
Bahagian kulit luar tu kita akan cuci dulu, sebelum cover dengan
kain.
.
.
2. Spekulum
.
.
Alat tu akan kita masukkan dalam vagina. Tujuannya untuk menampakkan pangkal rahim/serviks.
.
3. Cannula/kateter (catheter)
Bila dah nampak rupa pangkal rahim, kita akan either pasang cannula pada serviks atau masukkan tiub kencing melalui serviks ke dalam rahim.
.
Bila dah nampak rupa pangkal rahim, kita akan either pasang cannula pada serviks atau masukkan tiub kencing melalui serviks ke dalam rahim.
.
Cannula ada few sizes, kita akan pilih ikut saiz bukaan pada
serviks. Kalau guna tiub kencing, kita akan guna yang paling kecil.
.
.
Bila dah betul-betul kemas, kita akan keluarkan semula spekulum.
Then, luruskan kaki.
.
.
4. Kontras
.
.
JuruXray akan adjustkan C-arm tu supaya tiub xray tu bebetul
atas area ari-ari. Sebab kita nak ambil gambar rahim dan sekitarnya kan?
.
.
Then, kita akan inject kontras/dye melalui cannula/catheter yang
dah kita pasang tadi. Sambil tu, kita akan amek beberapa gambar.
.
.
Tu yang Cekma maksudkan 'live' hari tu. Boleh nampak dye tu
penuhkan rahim, lalu kedua-dua belah tiup Fallopio dan 'tumpah' ke ruang
abdomen. Bila 'tumpah' tu, maksudnya, tiup Fallopio tu tak tersumbat lah.
.
.
HSG - TIUB SAYA TERSUMBAT KE DOKTOR?
.
Kalau misal kata tiub ada yang tersumbat, kita tak akan nampak
dye tu tumpah. Tiub pulak mungkin ada yang bengkak. Tapi yang penting, tumpahan
tu memang tak ada.
.
.
Ada contoh gambar HSG yang normal dan tiub sebelah kanan yang
tersumbat.
.
.
HSG - NORMAL |
.
HSG- TIUB KANAN TERSUMBAT DAN BENGKAK |
Orait, selesai prosedurnya.
.
.
Mesti korang tertanya sakit ke tak kan?
.
.
Definitely akan ada rasa tak selesa, senak dan ada orang memang
akan rasa sakit. I guess bergantung pada orang juga. Ada orang rileks je, ada
orang tak tahan.
.
.
Ada orang amek masa sekejap je nak siap. Ada orang lama sikit.
Badan orang lain-lain tau. Takleh nak pukul rata sama. Anatomi kat area situ
pun boleh jadi pelbagai.
.
.
Korang nak tau satu benda tak?
.
Kadang-kadang, lepas HSG, atas izin Allah, patient leh pregnant
(provided HSG nya normal). Sebab kalaulah ada tisu parut ke, darah ke yang dok
block sama ada pada serviks atau tiubs, dia dah terbawa sama dek arus kontras
yang kita inject tadi.
.
.
InshaaAllah.
.
.
Eh jap, belum habis lagi ni.
.
.
Apa yang korang boleh expect selepas prosedur HSG ni?
.
.
-
Cramps, rasa senak di bahagian bawah perut.
-
Sakit/tak selesa bahagian yang malu nak disebut tu.
-
Bleeding/spotting sikit-sikit. Kadang-kadang ada jenis yang
senang nau luka serviksnya.
-
Aliran keluar kontras yang kita injek masuk tadi. Sebab tu kena
bawa pad.
.
Bila dah sampai rumah, ada lagi benda yang kena jaga. Walaupun
jarang sangat berlaku, tapi please cekidaut for:
.
.
- Tindak
balas alahan
-
Pendarahan yang berlebih-lebihan.
-
Cramps/senak area bawah perut sampai berguling-guling kat
dinding.
-
Tiba-tiba demam kuat sampai menggigil-gigil
- Discharge
yang baunya tak berapa nak enak.
.
Please, oh please cari doktor semula kalau ada simptom dalam
cekidaut list tu. Jangan bahayakan diri sendiri.
.
.
Indication lain untuk HSG, boleh refer ke APA ITU HSG
Moga dapat tambah sedikit ilmu hari ni, insha Allah.
.
.
.
Aima Hassan
Hanya di Radio.
.
Hanya di Radio.
.
Sumber gambar:
Medical Substance- Fluoroscopy
.
Medical Substance- Fluoroscopy
.
Tq share info.
ReplyDeleteWhoa great tips for those yang kena buat procedure ni.
ReplyDeleteMmg ngeri rasanyaa..huwaaa
ReplyDeleteTetiba ngerinya ngeri tgk alatan Tu alahai.. tonkqlau rezeki boleh pregnant mmg syukur kan
ReplyDeletePenah buat HSG tahun 2014. Tiub tersumbat belah kanan. Alhamdulillah lepas buat HSG pregnant.. Zuriat yg ditunggu². Skarang dah ada 2 orang puteri.
ReplyDeleteSalam, klu tersumbat.. Apa stap seterusnya?
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletemari kita sama-sama viralkan berita baik ni! ,nak rawat kanser dengan cara selamat,mudah dn mampu beli.📢😉
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser tahap 1-4 yang pulih dari kanser dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau.Kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.💪🏻👍🏻 Saya sendiri guna ubatan beliau.Mula-mula rasa ragu-ragu jugak tp lps dh sembuh,saya rasa kenapalah dulu saya xjumpa beliau awal-awal lagi.
3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh pulih.
5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat.
Nanti dh beli produk die blh join group telegram ,boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.Setia dengan jus herba ini selama lbih 4tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dr kanser.
~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs,ini kenyataan dan bkn rekaan.Nanti blh hubungi En Zuhairi sendiri serta testimoni2 td tu yer.😉
9)Jadi saya mintak kepada siapa-siapa yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon,terus hubungi terus Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En.Mohd Zuhairi - 0174687570
👍🏻In sya Allah nanti boleh join group telegram dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI,SELAMAT TANPA KESAN SAMPINGAN & MUJARAB.
NOTE : Untuk sembuh kanser bukanlah semudah minum ubat baru beberapa bulan dah mahu nampak hasil.
Mohd Zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas juga.
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring