Rasa sesak dengan urusan dunia, amalkanlah Tasbih Fatimah
Rutin orang perempuan secara amnya. Bangun pagi. Solat Subuh. Kejut suami dan anak. Masak air. Masak breakfast. Prepare bekal. Siapkan anak nak hantar ke nursery. Ke sekolah. Hantar anak. Sambung ke tempat kerja. Atau balik semula untuk uruskan rumah pula. Kadang rasa nak kentut pun tak sempat.
.
Selesai di tempat kerja rushing balik nak ambil anak sekolah. Prepare dinner. Check kerja sekolah anak. Pastikan semua dah masuk dalam beg sekolah.
.
Yang ada berniaga sendiri—tambahan ke pejabat pos, COD, training.
Yang tengah belajar — dengan classes, exams, thesis.
Sometimes rasa overwhelming sangat.
.
Siapa yang ada rasa macam tu?
.
TASBIH FATIMAH
.
Puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra, pun tak terlepas daripada rasa stress jadi isteri yang uruskan rumahtangga. Bukan sekadar isteri. Isteri yang penuh tanggungjawab.
.
Angkut air hingga hitam bajunya. Duduk di hadapan tungku dengan api menyala hingga berubah warna baju. Debu-debu turut melekat pada baju kerana menyapu rumah. Tapak tangan jadi keras dan kasar kerana kerja-kerja yang berat itu.
.
Kerana kasihankan isteri, maka suaminya Ali r.a mencadangkan supaya Fatimah bertemu dengan Rasulullah dan meminta seorang pembantu untuk meringankan hal-hal rumah.
.
Bila permintaan itu dihadapkan ke hadapan ayahnya, Rasulullah pun tanya pada Fatimah.
“Fatimah, mahu tak kalau ayah ajarkan sesuatu yang jauh lebih baik daripada dapatkan seorang pembantu?”
.
Fatimah dan Ali pun tercengang-cengang. “Wahai ayah, apa yang lebih baik daripada pembantu untuk ringankan kerja-kerja rumah ni?”
.
Dan Rasulullah membalas,
“Bertasbihlah pada Allah sebanyak 33 kali.
Bertahmidlah pada Allah sebanyak 33 kali.
Bertakbirlah pada Allah sebanyak 33/34 kali.
Bila ia diamal setiap hari, maka Allah akan mudahkah urusan dunia dan akhiratmu. Dan itu lebih baik daripada seorang pembantu.”
.
Fatimah tanpa banyak bising, akur dengan kata-kata Rasulullah. “Saya redha dengan keputusan Allah dan Rasul-Nya.”
.
.
.
.
Selain daripada kebaikan tasbih Fatimah yang sangat banyak, secara personalnya saya rasa kisah ini sangat powerful.
.
Saya tak tahu saya boleh ke tidak jadi akur macam tu aje. Agaknya dah buat tantrum dah nak juga maid untuk buat kerja rumah yang tak seberapa ni. Ahha. Tapi tu saya lah.
.
Cemburu betul dengan akhlak Fatimah, kan?
.
Macam mana puteri Nabi tu dididik untuk punya rasa takwa pada Allah dan Rasul hingga tahap macam tu sekali. Walaupun sebenarnya Rasulullah boleh je nak bagi seorang pembantu untuk anak kesayangan baginda tu.
.
But he did not.
.
Kadang kita lupa. Bila kita rasa berat. Rasa susah dalam kerja sehari-hari. Yang kita harap, bantuan daripada manusia. Kita terlepas pandang, yang bantuan ultimate itu sebenarnya datang dari Allah.
.
So ladies (dan gentleman juga)
.
Bila-bila rasa urusan dunia ini terasa sesak memberat di pundak. Ingat kisah Fatimah. Ingat pesan Nabi kepada dia. Sangka baik dengan Allah. Have faith yang Allah akan bantu, dengan cara paling sesuai dengan kita.
.
Ingat — SubhanAllah (Maha Suci Allah) x 33 kali
Ingat — Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) x 33 kali
Ingat — Allahuakbar (Allah maha besar) x 33 kali
Dengan tertib. Dengan penuh rasa. Dengan penuh yakin.
.
Ada juga yang syorkan ditutup dengan
“La ilaha illallah wahdahu la syarikalahu lahulmulku walahulhamdu wahua ‘ala kulli syaiinqodiir.”
.
.
Saya pun baru nak bermula sebenarnya. Doakan kita sama sama istiqamah. Ya?
.
alhamdulillah
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian