ROSEMARY - BOOSTER UNTUK MEMORI

Dalam karya Shakespeare yang bertajuk Hamlet, Ophelia berkata kepada saudara lelakinya Laertes “There’s Rosemary, that’s for rememberance.”
Itu dia Rosemary, untuk ingatan/kenangan/memori.
Lebih kuranglah translation nya macam tu.
.

Dari zaman Shakespeare lagi, Rosemary ni dah disebut, dan dikaitkan dengan memori. Walaupun of course, mungkin tak ada study atau kajian dibuatlah pada masa tu kan.
.
Photo by Vincent Foret on Unsplash
ROSEMARY - BOOSTER UNTUK MEMORI

In 2015, satu study dibuat di Northumbria University. Peserta-peserta diarah untuk menjalani beberapa siri ujian memori dalam 3 jenis bilik – satu bilik yang di-diffuse dengan Rosemary, satu bilik dengan Lavender, dan sebuah lagi bilik, tanpa bau apa pun (sebagai kawalan).
.

Nak tahu keputusannya?
.

ROSEMARY - BOOSTER UNTUK MEMORI

Mereka dapati, yang diuji dalam bilik berbau Rosemary mempunyai markah yang lebih baik berbanding dengan  mereka yang di dalam bilik kawalan ataupun di dalam bilik yang berbau Lavender. Agak mengejutkan lagi bila mereka dapati peserta dalam bilik berbau Lavender, performancenya agak rendah berbanding dengan mereka di dalam bilik kawalan.
.


Adakah mungkin kerana Lavender selalu kita kaitkan dengan ‘tidur’ dan sebagai ‘pelali’? Ah-ha.
.

So, kenapa Rosemary ni dikatakan boleh bantu boost memory?
.

Photo by Dariusz Sankowski on Unsplash
ROSEMARY - BOOSTER UNTUK MEMORI
Ada satu bahan dalam Rosemary (Rosmarinus officinalis) ni, nama dia 1,8_cineole. Cara bahan ni bekerja, lebih kurang sama dengan cara kerja ubat yang diberikan kepada pesakit dementia/nyanyuk/ Alzheimer’s. 1,8_cineole ni akan bantu halang penguraian chemicals dalam otak yang berkait dengan memori.
.

Macam mana nak guna Rosemary ni sebagai memory booster?
.

Cara paling efektif adalah dengan melalui hiduan. Bau, dan molekul yang dihidu masuk ke paru-paru dan diserap ke dalam edaran darah, dan sampai ke otak. Ia juga akan di'tangkap' oleh sel hidu dalam hidung dan signals dihantar ke otak. 

ROSEMARY - BOOSTER UNTUK MEMORI
.

Tapi kena beringat. Dalam nak guna sesuatu bahan yang beri kesan kepada badan kita, kena berpada-pada. Mungkin ada side effect yang kita tak tahu. Benda-benda berkaitan dengan chemistry badan ni, tak seringkas yang kita sangka. Kena ambil tahu juga untuk siapa Rosemary ini kurang sesuai. Guna dengan berhemat, inshaAllah selamat. Tujuan kita, nak sihat, bukan bertambah tenat.
.

ROSEMARY - BOOSTER UNTUK MEMORI


Nak cuba Rosemary Essential Oil daripada Ronella, boleh hubungi Aima Hassan.

Comments

Popular Posts