TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN
Pagi tadi suami saya mengangkut sebakul baju kami yang dah dicuci malam semalam untuk dikeringkan di kedai dobi. Biasanya kitorang akan sidai juga di belakang rumah, tapi ada baju yang nak dipakai urgent, maka ke kedai dobi lah jawabnya.
.
Photo by chrissie kremer on Unsplash TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN |
Nak tahu apa jadi?
.
Tak jadi apa. Hahaha. Sebabnya, semua
kedai dobi berhampiran rumah PENUH! Ada yang beratur seawal lepas Subuh lagi.
Berbaris semua bakul baju menanti giliran. Rasa macam di asrama pula. Faham,
tengah musim hujan ni, agak cabaran untuk handle kain baju. Nak jemur, lama
ambil masa nak kering, and most of the time, sejuk kainnya.
Photo by reza shayestehpour on Unsplash TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN |
.
Sudahnya kami ambil keputusan untuk
guna cara old school saja. Susun kerusi meja makan tengah ruang tamu. Pasang
kipas laju-laju. Ada baju yang disidai pada kerusi. Ada baju kami sangkut di
hanger, dan gantungkan pada grill tingkap ataupun pada railing tangga. Whatever
works.
.
Tu yang buat tergerak hati nak search
apa yang boleh buat untuk handle urusan basuh baju dengan lebih efektif masa
musim hujan ni. And of course saya akan pilih yang simple saja. Ahaha, nampak
tak saya rajin tu?
.
3 TIPS RINGKAS UNTUK
URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN
.
1.
Prioritize
Susun keutamaan. Baju mana yang lebih
utama untuk dicuci. Baju mana yang boleh tunggu hujung minggu nanti. Salah satu
cara adalah dengan sediakan satu bakul yang memang khas untuk baju yang nak
kena basuh ASAP. Contoh, uniform sekolah, uniform kerja, atau baju yang terkena
kotoran.
.
Photo by Andy Fitzsimon on Unsplash TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN |
Time hujan ni juga kena belajar untuk
berjimat cermat dengan baju. Baru pakai blouse tu 3 jam pergi tengok wayang,
balik terus campak ke dalam bakul. Pakai stokin untuk tidur malam, pagi tu
terus nak basuh. Tu contoh la ya. Ikut sesuai masing-masing.
.
2.
Sidai baju di dalam rumah
Nak tak nak, kena bersedia juga untuk
jadikan apa-apa ruang yang ada dalam rumah sebagai tempat untuk sidai baju.
Yang memang dah ada penyidai baju di luar, boleh consider untuk tarik masuk ke
dalam. Yang tak ada, boleh improvise guna apa-apa yang ada dekat rumah tu.
.
TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN |
Satu concern nak sidai baju dalam rumah
ni adalah, bau hapak/kepam baju sebab tak kena matahari kan?
.
Apa yang saya buat?
.
Kalau saya, saya prefer untuk guna
sabun cuci baju/pelembut yang tak buat baju tu bau hapak. My favourite sejak
dulu adalah pelembut Daia. Dulu time college student, ingat lagi kalau lalu
depan bilik kawan yang tengah jemur baju, harum semerbak. Dia guna Daia lah.
Sejak tu terjebak. Setakat ni tak pernah mengecewakan lagi.
.
TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN |
Atau.
.
Ada yang beri tips untuk letakkan garam
kasar/laut di bucu ruang yang kita gunakan untuk sidai baju. Garam itu akan
bantu untuk serap kelembapan daripada ruang itu. Selain daripada garam, korang
boleh gunakan susunan naskhah surat khabar juga untuk dapatkan kesan yang sama.
.
3. Biarkan baju separa kering terlebih
dahulu
Untuk yang gunakan mesin basuh, tak ada
masalah sebab baju memang dah dibilas habis-habisan pada cycle yang terakhir
tu. Maksudnya bila kita keluarkan baju daripada mesin, dah tak menitik air tu.
.
Tapi ada pakaian kita prefer untuk
basuh tangan, macam undies, tudung atau ada kotoran yang kita nak sental dengan
sepenuh jiwa. Kalau boleh, kita sidai/gantung dulu dalam bilik air, sampai
kering airnya, baru kita sambung jemur di ruang tamu. Lagi cantik kalau kita
sidai gunakan hanger sebab lagi luas permukaan pakaian yang kena pengaliran
udara.
.
Photo by Caleb Lucas on Unsplash TIPS RINGKAS UNTUK URUSKAN PAKAIAN SEMASA MUSIM HUJAN |
Kenapa?
.
Satu, sebab lagi cepat kering. Dua,
bila terlalu banyak baju basah dalam satu tempat tertutup, udara akan jadi
lembap. Udara yang lembap, kulat dan hama pun suka. Udara yang lembap dan
sejuk, tak elok untuk mereka yang ada asthma.
.
.
.
.
.
Yang penting, ventilation kena cukup
juga.
.
Apa tips and tricks yang korang buat
untuk handle laundry waktu tengkujuh ni?
.
.
.
Aima Hassan
Undomestic doctor
Jadikan satu ruang bilik yang tak digunakan sebagai tempat letak ampaian. Tu pon lepas 3 hari baju xkering... Tak boleh jadi..tak boleh dibiarkan menanti matahari muncul macam menanti durian gugur
ReplyDeletekena kumpul duit beli dryer lah gini mommy kan
DeleteKami guna pencuci yg khas utk sidai baju dlm rumah.. Lebih cepat kering...
ReplyDeletenice kan. bau still wangi and fresh even dalam rumah pun.
DeleteMusim hujan no mmg dilemma bila fikir baju kan
ReplyDeleteBetul. Kadang jadi tak rajin terus nak basuh. habislahhh
Deletekalau musim hujan cmni la jadinye
ReplyDeleteassalamualaikum
salam kenal
done follow sini
http://hidayuayumie.blogspot.com/