Posts

Showing posts from November, 2019

Of Cibo Cafe, Pertam Jaya

Image
Of Cibo Cafe, Pertam Jaya Another nice eatery in Melaka. Nice internal deco. Warm and cosy. Ada sofa tempat lepak menganyam ketupat dan potong bawang. Of Cibo Cafe, Pertam Jaya Ada meja panjang untuk ahli yang ramai. Of Cibo Cafe, Pertam Jaya Ada patio di luar untuk mereka yang nak nikmati open air. Pilihan makanan terhad sikit, tapi fresh dihasilkan di dapur. Ada air kosong boleh refill berapa banyak kali hingga puas hati. Of Cibo Cafe, Pertam Jaya Sudu garfu untuk budak-budak. Portion makanannya banyak. Oh ya, dia serve makanan barat @ western. Margerita Pizza Tempatnya di Pertam Jaya, bawah Hotel Sunflower. Lokasi Waze ke Cibo Cafe @ Pertam Jaya.

Well Past High Time - A Reflection

Image
The story of Al Fudayl Ibn Iyadh's Well Past High Time was really short (only 2 and a half pages), but has filled me with myriad of feelings. It was the oppositeness of his character and actions that intrigued me. He was a bandit leader Yet he did not miss even the supererogatory prayers He raid the traveling caravans But he fasted from day break to day end He robbed people of their wealth But he kept his promise when people placed their faith in him. So contradicting right? But aren't we all like that too, each with a different degree? Take #1: Always have good opinion on God Al Fudayl was sitting alone in his tent when one of the caravan members his gang was supposed to rob left him with a bag of gold for safekeeping (not knowing that the pious looking man was the king of bandit, of course). After the caravan was raid, the man returned to Al Fudayl's tent, only to discover that he was the thief leader. But Al Fudayl returned the bag ...

Of Hearts Turn

Image
Hearts Turn by Michael Sugich Dah masuk minggu ketiga November, baru nak mula baca Book of The Month. Nak buat macam mana, shipment dari negara Sherlock Holmes.  Rendam je la hati dalam air sejuk setiap kali ada sesi sharing some pearls from the book dalam group. Anyhow, basically buku ini adalah tentang apa yang buat insan-insan dalam buku ini memilih untuk hadirkan Allah dalam hidup mereka. Their turning points. Sama ada kisahnya biasa saja ataupun lain daripada yang lain, setiap daripada mereka ada cerita mereka sendiri. Tak kira samada seorang pendosa Atau yang masih mencari Orang baik-baik Jalan mendekati Allah itu sentiasa terbuka. Anyhow Saya tak baca lagi. Itu apa yang saya dapat daripada apa yang dikongsi oleh the other ladies. Baru nak start ni. Bismillah. . . Aima Hassan

Tentang Breathe by Dr Beni

Image
Antara soalan yang agak ironi bila bekerja dalam bidang kesihatan. "Doktor/misi/kerja hospital/kerja klinik pun boleh sakit ye?" Dan bila saya mula membaca novel pendek Breathe by Dr Beni Isman, soalan seumpama itu seolah terawang dalam pemikiran. 'Pakar bedah jantung pun boleh kena serangan jantung?' Adam merupakan seorang pakar bedah jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Sedang dia beriadah suatu pagi sambil memikirkan ikatan dua hati yang hampir terlerai, terasa ada benda yang menusuk pada jantungnya. Secara tersurat dan tersirat. Beberapa kali terjadi perkara yang sama, dia abaikan. Sehingga sakit itu melumpuhkan segala daya yang ada pada tubuhnya. Dan dia rebah. Dalam pada dia sedang cuba terima hakikat ironi pakar bedah jantung mengalami serangan jantung, lembaran memori mula terselak satu persatu. Dia dalam usia awal 20-an berada dalam kuliah Professor Black semasa bergelar pelajar perubatan di Auckland. Dia ketika mula melangkah masuk ke...

Of InshaaAllah

Image
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan):  "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti."  Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata):  "Insya Allah."  Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini." •QS. Al-Kahf 18: Ayat 23-24•

Coma by Robin Cook

Image
Saya baru sudah membaca Coma, tulisan Robin Cook. Latar ceritanya sekitar tahun 70-an, waktu wanita masih belum lagi dapat tempat dalam bidang kerja yang didominasi lelaki, salah satunya dalam bidang perubatan. Susan Wheeler, seorang pelajar perubatan tahun 3 yang baru melangkah masuk ke fasa klinikal. Perasaan yang bercampur baur - cemas, gugup, rendah diri - diganti dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak apabila pada hari pertama itu saja dia 'bertemu' dengan Nancy Greenly. Nancy Greenly itu sebaya dia sahaja. Tapi terlantar di ICU, nyawa terikat pada mesin. Tak berapa lama sebelum tu Nancy telah menjalani prosedur D&C kerana mengalami dysfunctional uterine bleeding dan telah diberikan bius penuh. Tidak lama selepas prosedur bermula, ritma jantung Nancy menjadi tidak sekata, tekanan darahnya menurun, namun dapat distabilkan kembali oleh doktor bius. Tamat saja prosedur, Nancy tak dapat disedarkan kembali, tak mampu hendak bernafas sendiri. Kedua-dua anak ...

Of Our Favourite Place

Image
Dinner at our favourite place #cofeologymelaka. Sekarang tengah ada promosi beli latte panas + kek sekeping just for RM15 ajerrr nye murah k. So we chose the cake yang namanya Hummingbird (hopefully betul pendengaranku). Dah la tebal. Sangat sedap pula tu. I dunno. Kata waitress itu dia macam banana cake kot sebenarnya, with walnuts dan apa entah lagi. I thought I tasted carrots. Cream cheese kat lapisan atas dengan antara lapisan kek. And ada walnut beberapa biji on top. Sejak tengok Strong Girl Bong Soon, I've been terlebih excited sikit bila jumpa something walnut-y. Apos ambil A+ Gourmet Burger. It was really awesome. Kepingan daging yang juicy berlapik salad dan onion rings. Dihidang sekali dengan hirisan kentang dan ubi keledek goreng, which rasa memang macam kentang dan keledek. Dapat peluang untuk rasa croissants daripada bakery mereka sendiri yang terletak sebelah cafe tu je. Sangat buttery, rangup dan rapuh. Habis makan, lepak lama sikit sambil berbual. Bak kata Apos, kit...

Of Forgiveness

Image
#aaplus classes this month revolve around forgiveness. Tawbah. Repentance. . But most importantly how Allah is the Most Forgiving and loves those who seek for forgiveness from Him. . And that we, if possible should choose to forgive. Others and ourselves. . And anyway Don't we love when Allah forgives us?

Of Faith

Image
Everyone’s a believer when things are going fine.  The real faith is when one becomes patient with tribulations. –Hamza Yusuf

Tentang Ujian

Image
Most of the times, kita diuji supaya kita dapat detach diri daripada perkara-perkara dunia. Family, financial, careers, friends– banyak lagi. Kadang ia jadi secara tak sedar. We have been going through that routine for years, sampai tak perasan hati kita letaknya di mana. Allah sayang Maka Allah jentik sikit ujian Masih tak sedar dari rasa keakuan Dijentik lagi Sedar sekejap, tapi gerak hati itu diabaikan. Nak cuba struggle juga melawan dengan kudrat seorang insan Finally Ujian yang datang membuat kita tunduk terduduk meringkuk mencari Pencipta. Dan bila kita reflect semula, betapa banyak tanda-tanda yang Allah sudah beri tapi kita pilih untuk tutup sebelah mata. Hati kita ini lemah sekali Gantunglah harapan pada yang abadi Sementara itu sifat duniawi Ujian itu supaya kita detach sama dunia Dan attach hati sama al- A'la. At least , itu perkara yang saya sedang cuba untuk ajar hati yang degil ini.

Of The Man I Love but Never Met

Image
Rangkap Qasidah Rindu Madinah ini saya dengar Ustaz Don nyanyi dalam salah satu ceramahnya. Waktu itu dia sedang hendak cerita betapa hensemnya Nabi kita. 'Di suatu malam, bulan yang penuh cerah Baginda mengenakan pakaian serba merah Lalu bersumpah Jabir bin Samurah Jika dibezakan, Nabi terlebih indah' Lalu setiap kali terlihat bulan Tercetus sejenis perasaan Rindu pada lelaki mulia yang tak pernah dilihatkan Mungkin kerana indah purnama Lebih indah wajahnya Atau mungkin kerana Bulan itu pernah baginda belah jadi dua Harapnya Tak terhenti usaha kita tambah kasih pada baginda dengan apa cara Selawat, hidupkan sunnah, contohi adab dan akhlaknya Kerna kelak nanti di syurga Terkumpulnya kita dengan mereka yang kita cinta  InsyaAllah. "Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda ‎seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya ‎Engkaulah Yang Maha Terpuji d...

Of Our Small Effort

Image
“Teruslah bersimpuh di depan pintu-Nya. Ketuklah. Ia akan membukanya untukmu.” . العلّامة المُربي الحبيب عمر بن حفيظ حفظه الله . . Even if only an inch closer. May He accept our miniscule effort.

Tentang Otak Berdarah

Image
Didiagnos ada darah tinggi Diberi ubat tak dimakan Diberi temujanji, tak ditepati Datang sekali lagi, tak sedar diri Dengan darah beku seketul di kepala, tisu otak pun sudah membengkak Boleh kata...jalan cerita macam ni, kira biasa tertulis dalam borang permintaan CT scan kepala. Tak pernah tak sedih Tak pernah tak rasa ralat Namun lebih terasa bila mangsanya adalah anak muda yang umurnya awal 20-an. Sering juga, sambil kami menilik imej hitam putih kelabu otak berdarah pada skrin, terlintas di dalam hati. Boleh survive ke tak dia ni? Kalau survive, boleh function macam asal ke, or will they be like vegetables? Sangat depressing kan nak fikir-fikir macam tu. Ya, kerja hospital bukan semata warna warni pelangi morning glory. Aima Hassan

Tentang Bukan Lelaki Syurga

Image
Basah pipi tidak saya sedari. Saya tak jangka langsung saya akan mengalirkan air mata membaca novel Bukan Lelaki Syurga ini. In fact, saya tak ingat bila kali terakhir saya menangis kerana sebuah buku cerita fiksyen. Diya Nordin ini saya sudah kenal sejak umur kami di awal 20-an lagi, lewat seorang teman. Menariknya kerana kami tidak pernah berjumpa. Langsung. Dahulu sama-sama menulis di platform blogdrive kot. Saya baca hasil tulisan dia. Saya tak tahu dia baca atau tidak tulisan saya. Yang penting dia dan teman kami sudah keluar beberapa buku, saya masih belum. Ha ha. Sejak dulu lagi, dia sentiasa ada benda yang ingin disampaikan dalam karyanya. Disebabkan saya pernah baca nukilannya yang terdahulu, saya boleh kata dengan yakin sekali betapa Diya Nordin sudah berevolusi dalam penulisannya. Sangat matang, tak membazirkan perkataan. Mungkin ada orang akan kata BLS ini adalah novel bertemakan cinta dengan konflik berkaitan. Lelaki A bertemu perempuan B selepas pas...

Of Butterfingers and Transcendence

Image
Kata suami, konsert ulang tahun ke 20 album Transendence kumpulan Butterfinger yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam malam tadi, kebanyakan yang datang itu dalam lingkungan usia 30-an dan 40-an. Almaklumlah waktu mereka tengah hot dulu, fans masih remaja atau young adult. So fast forward 20 tahun, you know what I mean. siap cari kasut Converse yang lama Anyhow, masa tengah hu ha hu ha di celah ramai tu, bersua dengan sekumpulan peminat dari utara yang masing-masing sudah bersandar pada dinding. "Kenapa semua tersandar je ni?" Suami bertanya selepas berbasa basi. "Ha, tu lah. Tadi nak beraksi, lepas lompat dua kali, cramp terus belakang dan betis," mereka membalas. Adik ipar pun sama juga. Lepas luput euphoria jiwa remaja, dia menghilang ke belakang melepas lelah. Kasihan. Tapi lucu pun ada juga. Iyalah, dalam kepala masing-masing masih belasan atau awal 20-an, namun realitinya tidaklah begitu. ...

Of Forgiveness and Letting Go

I think forgiveness is crucial in letting go, moving forward and not stuck in the past. Its not like we are forgetting it or something...its more like ok this happened and me or you messed up badly, we feel terrible or angry or sad but i don't want to dwell on this anymore because its making me feel all sort of negative things and just vampire sucking all the good feelings, so i acknowledge it has happened, and nothing we can do about it and lets repair/do something else/improve/avoid this etc. But forgiving, does not mean we are forgetting though, kan. Our prophet had such thing too with the murderer of Hamzah r.a, who had  repented afterwards. He did forgive the man, but he never wanted to see the man's face ever again. But still, Rasulullah forgave him because of Allah.