Of The Man I Love but Never Met




Rangkap Qasidah Rindu Madinah ini saya dengar Ustaz Don nyanyi dalam salah satu ceramahnya. Waktu itu dia sedang hendak cerita betapa hensemnya Nabi kita.

'Di suatu malam, bulan yang penuh cerah
Baginda mengenakan pakaian serba merah
Lalu bersumpah Jabir bin Samurah
Jika dibezakan, Nabi terlebih indah'

Lalu setiap kali terlihat bulan
Tercetus sejenis perasaan
Rindu pada lelaki mulia yang tak pernah dilihatkan

Mungkin kerana indah purnama
Lebih indah wajahnya
Atau mungkin kerana
Bulan itu pernah baginda belah jadi dua

Harapnya
Tak terhenti usaha kita tambah kasih pada baginda dengan apa cara
Selawat, hidupkan sunnah, contohi adab dan akhlaknya

Kerna kelak nanti di syurga
Terkumpulnya kita dengan mereka yang kita cinta 

InsyaAllah.

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda ā€Žseperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya.

Sesungguhnya ā€ŽEngkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia.

Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi ā€ŽMuhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi ā€ŽIbrahim dan keluarganya.

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha ā€ŽMulia."


ā€œWahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.ā€

Aima Hassan

Comments

  1. Ūž Ų§ŁŽŁ„Ł„Ł‡ŁŁ…Ł‘ŁŽ ŲµŁŽŁ„ŁŁ‘ Ų¹ŁŽŁ„ŁŽŁ‰ Ų³ŁŽŁŠŁŁ‘ŲÆŁŁ†ŁŽŲ§ Ł…ŁŲ­ŁŽŁ…Ł‘ŁŽŲÆŁ
    ŁˆŁŽŲ¹ŁŽŁ„ŁŽŁ‰ Ų¢Ł„Ł Ų³ŁŽŁŠŁŁ‘ŲÆŁŁ†ŁŽŲ§ Ł…ŁŲ­ŁŽŁ…Ł‘ŁŽŲÆŁ Ūž

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts