Coma by Robin Cook


Saya baru sudah membaca Coma, tulisan Robin Cook. Latar ceritanya sekitar tahun 70-an, waktu wanita masih belum lagi dapat tempat dalam bidang kerja yang didominasi lelaki, salah satunya dalam bidang perubatan.

Susan Wheeler, seorang pelajar perubatan tahun 3 yang baru melangkah masuk ke fasa klinikal.

Perasaan yang bercampur baur - cemas, gugup, rendah diri - diganti dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak apabila pada hari pertama itu saja dia 'bertemu' dengan Nancy Greenly.

Nancy Greenly itu sebaya dia sahaja. Tapi terlantar di ICU, nyawa terikat pada mesin. Tak berapa lama sebelum tu Nancy telah menjalani prosedur D&C kerana mengalami dysfunctional uterine bleeding dan telah diberikan bius penuh.

Tidak lama selepas prosedur bermula, ritma jantung Nancy menjadi tidak sekata, tekanan darahnya menurun, namun dapat distabilkan kembali oleh doktor bius.

Tamat saja prosedur, Nancy tak dapat disedarkan kembali, tak mampu hendak bernafas sendiri. Kedua-dua anak matanya kembang luas dan tidak ada tindak balas terhadap cahaya.

Koma dengan tanda-tanda kecederaan/kematian otak.

Awalnya Susan hanya rasa seperti ada persamaan dengan Nancy kerana usia mereka sebaya. Tapi tak lama selepas itu Susan bertemu pula dengan Sean Berman, sempat berborak, cucuk branula untuk start drip. Waktu itu Sean sedang tunggu giliran untuk pembedahan lutut.

Beberapa jam selepas itu, Sean menempuh nasib yang sama seperti Nancy. Daripada seorang anak muda yang sihat, cuma cedera pada ligamen lutut– keluar dari dewan bedah dengan wajah pucat lesi, tak mampu bernafas sendiri serta tanda-tanda sel otak mulai mati.

Waktu itu Susan mula rasa ada benda yang tidak kena. Ditambah dengan perasaan kemanusiaan yang masih belum dicantas oleh hakikat karier dalam bidang perubatan, dia nekad untuk siasat apa sebenarnya yang terjadi.

Asalnya Susan hanya mahu mencari jawapan dan mungkin ada jalan penyelesaian. Namun setelah seorang pembunuh upahan muncul di bilik dan mengancam nyawanya, dia mula merasa yang ada konspirasi besar yang terlibat.

Apa kaitan antara kes Nancy dan Sean?
Kedua-duanya adalah orang muda, sebab pembedahan mereka adalah berlainan, doktor yang merawat pun lain– tapi kenapa mereka berdua end up jadi mayat hidup selepas keliar dari bilik bedah

Apa yang cuba disembunyikan oleh entiti yang tidak diketahui sehingga ada rancangan untuk menamatkan nyawa Susan?

Comments

Popular Posts